Penggabungan Hong Leong Bank & EON Wujudkan Bank Ke-4 Terbesar Negara

Sue Fowler

KUALA LUMPUR  – Hong Leong Bank Bhd (HLBB) telah menyelesaikan pembelian aset dan liabiliti EON Capital Bhd dengan harga RM5.06 bilion, menjadikannya kumpulan perbankan keempat terbesar di Malaysia dengan aset tergabung berjumlah lebih RM140 bilion.

Pengarah urusan dan ketua eksekutif Yvonne Chia berkata tidak akan ada pemberhentian kerja di kalangan tenaga kerjanya yang seramai 12,000 orang itu.

“Percayalah kebajikan dan kepentingan perkerja telah dan akan terus menjadi keutamaan kumpulan,” katanya.

Dengan penggabungan itu, kumpulan tersebut akan mempunyai sejumlah 200 cawangan dan 1,200 terminal layan diri.

Kedua-dua HLBB dan EON komited untuk memastikan penggabungan itu tidak mengganggu kelancaran operasi bank, katanya pada sidang media di sini.

Dengan pengambilalihan itu, EON Bank Bhd, EONCAP Islamic Bank Bhd dan MIMB Investment Bank Bhd kini menjadi sebahagian daripada Hong Leong Bank Group.

– BERNAMA

Next Post

The Key Vitamins You Need

Do you know that each and every single of your organ have its own timing to cleanse all the unwanted stuff? Do you know what time is your liver cleaning the toxic from your body? Your liver will help you to detox your body between one to three at midnight. […]