Pentadbiran Tiga Wilayah Persekutuan: Hentikan Sikap Terlalu Berpuas Hati PDF Print E-mail
Berita | Am

LABUAN, 12 Feb - Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin mengingatkan agensi-agensinya di tiga wilayah persekutuan, agar terus memberikan perkhidmatan yang cepat dan berkualiti dan jangan bersikap terlalu berpuas hati.

Beliau berkata walaupun ketiga-tiga pihak pentadbiran wilayah itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Perbadanan Labuan (LC) dan Perbadanan Putrajaya telah mencapai Indeks Pencapaian Utama (KPI),"Ini tidak bermakna kita sepatutnya terlalu berpuas hati tetapi terus memperbaikinya".

Bercakap kepada pemberita selepas menerima pelantikan tujuh anggota penasihat majlis Perbadanan Labuan di sini, katanya KPI akan dikaji semula dengan draf berkenaan mestilah selaras dengan program transformasi kerajaan, untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik.

Bagi LC, menurut beliau ia akan meneruskan pelan pembangunannya dan bagaimanapun tidak ada projek baru akan dijalankan.

Labuan akan terus menumpukan pada sektor minyak dan gas seperti yang disarankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, setelah terbukti ia menjadi pemangkin dan penjana ekonomi bagi pulau ini.

- BERNAMA

 

Add comment


Dosa Tolak Tepi

mod_vvisit_counterHari Ini9015

mod_vvisit_counterSemalam16130

mod_vvisit_counterMinggu Ini83188

We have: 32 guests, 1 members, 68 bots online
IP Anda: 38.107.179.233
Today: May 19, 2012
mod_vvisit_counterBulan Ini276487

mod_vvisit_counterSejak Mei '107455298

FoN Team