Yayasan Terengganu Bayar Pendahuluan Rm2.2 Juta Kepada Penuntut PDF Print E-mail
Berita | Am
KUALA TERENGGANU 6 Sept - Yayasan Terengganu memperuntukkan lebih RM2.2 juta sebagai bayaran pendahuluan kepada 146 penuntut tajaannya yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara mulai 13 Sept ini.
 

Pengarah yayasan itu, Aziz Mamat berkata penuntut berkenaan akan melanjutkan pelajaran ke Russia, United Kingdom, Mesir, Jordan dan Maghribi dalam bidang perubatan, pengajian Islam dan kejuruteraan.

"Setiap daripada mereka menerima bayaran pendahuluan antara RM3,000 dan RM21,133 bergantung kepada pengajian dan negara tempat mereka belajar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian bayaran pendahuluan penuntut tajaan Yayasan Terengganu oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said pada majlis berbuka puasa di sini malam tadi.

Aziz berkata setiap penuntut akan memperoleh antara RM24,000 hingga RM1 juta untuk sepanjang tempoh pengajian mereka antara empat dan enam tahun.

Sumber : BERNAMA

Last Updated ( Monday, 06 September 2010 12:41 )
 

You have no rights to add a new comment. May be you need to register on the site.

Dosa Tolak Tepi

mod_vvisit_counterHari Ini9118

mod_vvisit_counterSemalam16130

mod_vvisit_counterMinggu Ini83291

We have: 97 guests, 1 members, 73 bots online
IP Anda: 38.107.179.230
Today: May 19, 2012
mod_vvisit_counterBulan Ini276590

mod_vvisit_counterSejak Mei '107455401

FoN Team