|
Berita |
Media Lain
|
Jika kita gabung bangang dengan cakap merapu, apa yang kita dapat?

Di bawah adalah kenyataan Nurul Izzah seperti yang dilaporkan oleh Utara News :
Sila baca di bawah :
 Wang KWSP wang saku BN?
Come onlah Nurul Izzah. Grow up and think as a mature politician! Jangan suka sangat menyerbu membantah apa sahaja yang kerajaan usahakan demi rakyat. You look stupid and full of nonsense lah!
Wang KWSP adalah milik pencarum dan wang digunakan untuk membantu pencarum membeli aset yang sangat berharga walau pun tidak semahal rumah bapa beliau yang dikatakan mencecah jutaan ringgit.
Nurul Izzah tidak mempunyai masaalah untuk meminjam kerana mungkin dana dan saham keluarga yang diterima semasa Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan, sudah mencukupi untuk beliau dan seluruh jentera parti PKR.
Di bawah pula adalah kenyataan apek Tony Pua :
 Mungkin Tony Pua tidak mencarum di KWSP sebab itu beliau tidak tahu maksud sebenarnya menyimpan atau mencarum dalam KWSP.
Beliau berkata bahawa pencarum perlu cukup simpanan yang mencukupi apabila pencen kelak. Tidakkah apek PKR tahu bahawa membeli rumah merupakan satu pelaburan jangka panjang yang menguntungkan pembelinya?
Apakah apek ini tidak mahu rakyat terutamanya bergaji rendah memiliki rumah sendiri? Kenapa beliau dengki sangat?
Aset seperti rumah biasanya mempunyai nilai yang akan bertambah setiap tahun sama seperti isu Mansur Othman, TKM1 Pulau Pinang yang membeli rumah berharga RM25,000 pada tahun 1980-an. MiM percaya harga rumah TKM1 sekarang berharga lebih mahal.
Dan daripada Tony Pua mahu menafikan hak rakyat untuk memiliki rumah, MiM sarankan beliau supaya menegur Lim Guan Eng yang terkontang-kanting dengan isu rumah kos rendah di Pulau Pinang!
JIKA KITA perhatikan, kenyataan 2 badut politik itu seolah-olah menghina rakyat kerana tidak boleh berfikir sendiri tentang keperluan mereka.
Lagi pun, pencarum tidak dipaksa untuk turut serta dalam skim ini. Semuanya terpulang kepada mereka.
Pathetic! sumber: DrMiM |