Terkini - Am
| Vincent Tan Bersara Dari B-Corp |
|
|
|
| Berita | Ekonomi |
|
KUALA LUMPUR, 23 Feb - Berjaya Corporation Bhd (B-Corp) mengumumkan Khamis bahawa pengasas dan pemegang saham penguasaannya, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun, telah mengambil keputusan untuk bersara daripada peranan korporatnya yang aktif dalam B-Corp, syarikat utama Berjaya Group of Companies. Susulan itu, Tan juga telah melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi B-Corp setelah menyerahkan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada anak sulungnya, Datuk Robin Tan Yeong Ching, pada Januari tahun lepas. |












