PUTRAJAYA, 24 Sep – Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri akan menganjurkan Ekspo MalaysiaKu 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur pada 5 Okt depan.
Related: Anwar : Pas tidak boleh diharap – Mohammad Fairuz

Ekspo tiga hari itu yang bertema ‘Tanah Air Yang Dirahmati’ dibuka kepada orang ramai mulai 10 pagi hingga 7 malam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata ekspo itu bertujuan memberi peluang kepada rakyat untuk menghayati pembangunan negara sejak awal kemerdekaan sehingga kini.
“Ekspo ini bakal mengetengahkan pameran dalam bentuk audio visual dan grafik yang berlatarbelakangkan pembangunan sosio-ekonomi negara mengikut dekad,” katanya pada majlis prapelancaran dan logo ekspo itu di sini, Isnin.
Beliau berkata pameran itu turut menampilkan pelbagai perspektif kehidupan generasi lampau yang dibelenggui kemiskinan dan keperitan hidup kesan daripada pembangunan terhad.
Related: Kelas peralihan dimansuh 2017 – Muhyiddin
Selain itu, para pengunjung juga berpeluang menyaksikan persembahan teater dan menyertai `game show’ serta dihiburkan artis-artis terkemuka.
– BERNAMA