Pencapaian ETP Tahun Lepas Menggalakkan Dengan PNK Capai RM830 Bilion

Sue Fowler

KUALA LUMPUR, 24 Sept – Pencapaian Program Transformasi Ekonomi (ETP) bagi tahun lepas amat menggalakkan dengan Pendapatan Negara Kasar (PNK) mencapai sebanyak RM830 bilion berbanding sasaran RM797 bilion.

b8eb0ec340ec13642fa3a1d8ef537779 - Pencapaian ETP Tahun Lepas Menggalakkan Dengan PNK Capai RM830 Bilion

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri SK Devamani berkata pelaburan sektor swasta juga berjaya mencapai RM94 bilion berbanding sasaran RM83 bilion.


Beliau berkata pertumbuhan ekonomi Malaysia turut berada dalam paras yang baik pada suku tahun pertama 2012, pada kedudukan 4.7 peratus.

“Pencapaian ekonomi Malaysia untuk suku pertama dikira cantik berbanding negara lain seperti Singapura (1.4 peratus), Korea Selatan (2.8 peratus), Taiwan dan Hong Kong (0.4 peratus),” kata beliau ketika menjawab soalan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) di Dewan Rakyat di sini pada Isnin.

Fong ingin tahu pencapaian yang dikecapi melalui ETP dalam memastikan rakyat menikmati kestabilan ekonomi dan ekonomi negara sentiasa berdaya saing dalam ekonomi global.

– BERNAMA

Next Post

Ekspo Malaysiaku Di PWTC Pada 5 Okt

PUTRAJAYA, 24 Sep – Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri akan menganjurkan Ekspo MalaysiaKu 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur pada 5 Okt depan. Ekspo tiga hari itu yang bertema ‘Tanah Air Yang Dirahmati’ dibuka kepada orang ramai mulai 10 pagi hingga 7 malam. Menteri di […]
8057077688 b4834e9453 b 1 1024x683 - Pencapaian ETP Tahun Lepas Menggalakkan Dengan PNK Capai RM830 Bilion