Perolehan Kerajaan Melebihi RM200 Bilion Tahun Ini

Sue Fowler

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Kerajaan dijangka meraih perolehan lebih daripada RM200 bilion tahun ini, melepasi sasaran awal sebanyak RM187 bilion, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai.

DonaldLim - Perolehan Kerajaan Melebihi RM200 Bilion Tahun Ini

Beliau berkata pendapatan tambahan itu akan membolehkan kerajaan menambah bantuan kewangan kepada rakyat, seperti cadangan edisi kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada Bajet 2013.

Beliau berkata sehingga Jun 2012, Perbendaharaan merekodkan perolehan berjumlah RM99 bilion.

“Peningkatan itu sebahagian besarnya hasil daripada kutipan cukai yang dipertingkat, sumbangan yang lebih tinggi daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta pertumbuhan transaksi hartanah.

“Pihak berkuasa akan terus membanteras aktiviti haram seperti penyeludupan yang akan menambah pendapatan kerajaan,” kata Lim kepada pemberita selepas melancarkan Sidang Kemuncak CFO (Ketua Pegawai Kewangan) 2012, di sini Rabu.



– BERNAMA

Next Post

Selangor kelirukan rakyat isu air: CASSA

Petaling Jaya: Kerajaan Selangor sengaja mengelirukan orang ramai berhubung isu air di negeri ini demi memenuhi agenda politik tanpa menghiraukan kepentingan pengguna dan ekonomi, kata seorang aktivis pengguna.   Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr Jacob George, berkata maklum balas yang beliau terima menunjukkan kebanyakan penduduk Selangor […]
krisis air selangor - Perolehan Kerajaan Melebihi RM200 Bilion Tahun Ini