Fikirkan

Screenshot 123 - Fikirkan

KUALA LUMPUR, 26 Sept – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Badan Peguam Malaysia tetap menjadi rakan penting dalam kedaulatan undang-undang dan pentadbiran keadilan negara walaupun kerajaan tidak semestinya sentiasa bersetuju dengan pandangan dan beberapa aktiviti yang dijalankan badan itu.

Related: Anwar : Pas tidak boleh diharap – Mohammad Fairuz

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Razak menyampaikan ucapan perasmian Persidangan Undang-Undang Antarabangsa Malaysia 2012 (ILMC 2012) di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di ibu negara, pagi ini.

Perdana Menteri berkata walaupun sesekali ada perbalahan atau pertelingkahan dalam politik dan profesion undang-undang, kerajaan masih mendengar apa yang diperkatakan badan itu dan memberi perhatian kepada apa yang mereka lakukan.

“Kita mungkin adakalanya membuat lawak mengenai peguam, tapi mereka bagaimanapun mempunyai peranan yang unik dan penting di negara ini,” kata Najib pada Persidangan Antarabangsa Undang-Undang Malaysia 2012, di sini pada Rabu.

Bagaimanapun Najib berkata beliau sedar bahawa sesetengah pengamal undang-undang, terutama mereka yang di dalam komuniti hak asasi manusia, masih memilih untuk melihat dengan pandangan yang berbeza dari perspektif berlainan, walaupun kemajuan dalam undang-undang secara beransur-ansur telah diperkenal kerajaan sejak setahun lepas.

Related: Kelas peralihan dimansuh 2017 – Muhyiddin



“Kepada mereka saya ingin katakan: Adalah lebih mudah untuk meruntuhkan sesuatu daripada membinanya. Seperti Rom yang tidak dibangunkan dalam sehari, pembinaan sebuah negara Malaysia yang adil, saksama dan demokratik tidak boleh dicapai semalaman,” katanya.

– BERNAMA