Jalan-jalan

pj - Jalan-jalan

PUTRAJAYA, 21 Sept – Malaysia kini semakin mendapat tempat sebagai destinasi pilihan dalam kalangan pelancong dari China dan India, kata Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

1 Malaysia Tourism Hunt - Jalan-jalan
Jalur Gemilang Bendera Malaysia dikibar Datuk Seri Dr Ng Yen Yen sempena bermulanya pertandingan Malaysia Tourism Hunt 2012

Beliau berkata perkara itu ditunjukkan menerusi ketibaan pelawat dari kedua-dua negara berkenaan yang semakin meningkat kebelakangan ini.

“Tahun lepas pengunjung China adalah yang teramai mengunjungi Malaysia selepas pelawat dari negara Asean,” katanya kepada pemberita sebelum melancarkan ‘Malaysia Tourism Hunt 2012’, di sini Jumaat.

Ng berkata China juga menjadi pasaran yang semakin penting dalam sektor pelancongan negara kerana kedudukannya yang dekat selain persamaan dari segi bahasa dan makanan.

Sebagai sebuah negara yang besar, China mempunyai penduduk yang ramai dan mereka ini mahu mengembara, katanya.



– BERNAMA