Kes Anwar

anwar - Kes Anwar
Written by Raja on Friday, 23 November 2012 17:03   
PUTRAJAYA, 23 Nov – Mahkamah Rayuan menetapkan 15 Feb tahun depan sebagai tarikh pengurusan kes rayuan pihak pendakwa berhubung pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan N Kanageswari menetapkan tarikh itu bagi satu lagi urusan pengurusan kes selepas perkara berkenaan dikemukakan kepada beliau bagi pengurusan kes di dalam kamarnya.

Timbalan Pendakwa Raya Najib Zakaria mewakili pihak pendakwa, manakala Anwar diwakili peguam Ram Karpal Singh.

Ram Karpal Singh memberitahu pemberita bahawa pihak pendakwa dan pembela memerlukan lebih banyak masa untuk meneliti dan menentusahkan bukti yang terkandung dalam cakera padat (CD).

Katanya terdapat kira-kira 22 CD “yang jumlah begitu banyak dan bersifat teknikal”.

– BERNAMA