Terkini - Am
| Panas Berapi..!! ADUN Sri Muda, YB Shuhaimi Kutip Duit Pasir Untuk Azmin Ali..?? |
|
|
|
| Blogs | Suara Blogger |
|
Pada 23hb Mei 2009, lebih kurang jam 5 petang, satu mesyuarat telah diadakan antara Kontraktor Pasir “Sand Contractor” (selepas ini dirujuk sebagai 'SC') dengan Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda, Yb Mat Shuhaimi Shafiei di Hotel Sunway di Seberang Prai, Pulau Pinang. Tujuan mesyuarat adalah untuk membincangkan perlombongan pasir.. Pada 2 Julai 2009, satu mesyuarat telah diadakan di pejabat Yb Shuhaimi di mana beliau telah mengarahkan SC untuk menubuhkan sebuah syarikat yang dikenali sebagai Double Dignity (M) Sdn Bhd (syarikat nombor 308078W). Para Pengarah syarikat adalah 1. Adnan Bin Abd Mokhtar (IC number 691119-10-5105) 2. Siti Rosmaliza Binti Meo Rasli (IC number 751115-08-5026) 3. Marzaniyah Binti Arshad (IC number 721127-08-5444) 4. Mat Shuhaimi Bin Shafiei (IC number 680227-08-5275) 5. Amirudin Bin Shari (IC number 800208-01-6059) Satu perkara yang penting untuk diperhatikan adalah bahawa Yb Shuhaimi dan Yb Amirudin kedua-dua mereka telah didaftarkan sebagai Pengarah Double Dignity (M) Sdn Bhd pada hari yang sama, 18 Januari 2010. Lihat salinan Borang 49 dari Pendaftar Syarikat.. ![]()
Elaun bulanan sebagai Pengarah untuk Yb Shuhaimi dan seorang lagi Adun iaitu wakil rakyat Batu Caves, Yb Amirudin Shari telah dipersetujui dengan bayaran RM5, 000 sebulan….! Pada 18hb Januari 2010, Double Dignity (M) Sdn Bhd, mengemukakan permohonan untuk melombong pasir di Dengkil, Sepang, Selangor, kawasannya pula seluas 45 ekar. Surat tersebut telah diberikan sesalinan cc copy kepada Yb Shuhaimi dan Yb Amirudin Shari. Amirudin menyokong permohonan itu dan menandatangani 'surat sokongan'. (Lihat surat di bawah). ![]() Berikut adalah maklumat mengenai apa yang berlaku sebelum 18hb Januari 2010; Transaksi itu telah dibuat pada 11 Januari 2010 (lihat bawah).
RM10,000 telah diambil keluar secara tunai, RM12, 500 telah dibayar kepada Farahsyamsyawati Bt Sulaiman (nombor cek jurubank 0070210000117), dan RM27,500 telah dibayar kepada Smart Renovatons Sdn Bhd (nombor cek jurubank 0070210000118) atas arahan Yb Shuhaimi. ![]()
![]() SC: …itulah…pasal yang YB mintak 50 ribu nak ape…nak pakai 50 ribu boleh takde masalah…dalam minggu depan boleh? Yb Shuhaimi: Dalam minggu depan ye… SC: Pasal saya nak setelkan akaun sikit… Yb Shuhaimi: Okay… SC: Lepas tu takde masalah lah… Yb Shuhaimi: okay, okay, okay, hari Isnin boleh? SC: Hari Isnin boleh…lagi satu YB…say mintak tolong satu…saya di Batang Kali ada tanah…geran…nak keluar pasir…pasir banyak lagi tu… Yb Shuhaimi: Berapa besar tanah tu? SC: Dia 100 lebih ekar… Yb Shuhaimi: Nanti saya bincang dengan Azmin….tapi kena bayarlah…Azmin sedang collect duit untuk pilehanraya… SC: ah, okay, okay…nanti kita bincang. Kena bincang dengan Azmin Ali tu beb..!! Baca seterusnya, klik [Sini] sumber: panglimaharimau
|

















