5 Tren SEO 2020

Sam Fadhil

Kini, makin banyak bisnes-bisnes baru yang muncul, semakin tinggi persaingan untuk mendapatkan perhatian para pembaca. Untuk memastikan laman web kita berada di bahagian teratas, kita patut mengikuti trend-trend SEO yang paling terkini supaya dapat pastikan laman web kita memenuhi syarat-syarat yang di perlu untuk enjin carian memberi ranking yang tinggi!

Google sentiasa menukar algoritma mereka setiap tahun. Walaupun kebanyakan tukaran adalah minor dan kecil tetapi ia mungkin akan memberi kesan kepada ranking carian kita. Jadi ini adalah beberapa trend SEO yang dijangkakan pada tahun 2020 ini.

1. Carian Suara: Pengguna mencari melalui cara sebutan mereka.

1 q06v9vHIYFOiT8hJTD3s6Q 1024x576 - 5 Tren SEO 2020



“ Google, dimana kedai nasi ayam yang terdekat?”


Menurut suatu kajian pada tahun 2017, terdapat 33 juta pertanyaan suara. Data pada Mac 2019 pula telah menunjukan bahawa 20% pertanyaan melalui mobil pintar adalah melalui pertanyaan suara.


Disebabkan pertanyaan suara makin popular, pengguna akan menaip persoalan mereka seperti mana mereka bercakap dalam alam nyata.


Anda perasaan ke tidak yang kebanyakan pertanyaan carian adalah panjang dan sangat spesifik? Ini menunjukkan bahawa pengguna ingin jawapan yang tepat pada soalan mereka.


Senarai berbulet juga akan dapat meningkatkan peluang untuk laman web kita mendapat ranking yang tinggi dalam segi menjawab pertanyaan suara dan kebanyakan pertanyaan melalui suara adalah daripada orang tempatan kita sendiri. Jadi, anda patut mengoptimumkan laman web anda untuk memenuhi kehendak pengguna tempatan kita ini.

2. Snipet-snipet Khas akan sentiasa dipaparkan dalam keputusan carian enjin.

people also ask 1 1024x340 1024x340 - 5 Tren SEO 2020



Snipet khas adalah suatu rumusan ataupun ringkasan untuk jawapan yang dicarikan oleh pengguna. Google akan memaparkan snipet khas tersebut diatas keputusan SERP, atas periklanan bayar dan periklanan organik.


Snipet khas telah menyebabkan perubahan amat ketara kepada keputusan carian enjin Google sejak dulu lagi. Hampir separuh keputusan carian enjin adalah nombor klik kerana pengguna akan mendapat jawapan yang dicarkan terus di SERPs. Lebih lagi, terdapat suatu kajian Ahref atas dua juta snipet-snipet khas menyatakan bahawa snipet khas akan menghasilkan lebih banyak trafik laman web daripada laman web pertama yang dipaparkan secara organik di keputusan enjin carian.


Jadi, anda patut pilih ke arah pertanyaan yang berdasarkan soalan dan kata kunci. Guna soalan-soalan yang sering ditanyakan di seksyen “people also ask” kerana ia memberi lebih banyak maklumat yang berkaitan dengan soalan ditanyakan oleh pengguna.


3. Pemasar akan meningkatkan kegunaan Influencer untuk SEO

influencer marketing 1520x800 1024x539 - 5 Tren SEO 2020



17% bisnes-bisnes akan mengguna hampir separuh budget pemasaran mereka untuk mengambil influencers bagi kebaikan jenama mereka. Statistik juga menunjukan betapa penting dan besarnya pengaruh seorang influencer untuk syarikat. Lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan fesyen, e-commerce, dan juga travel. Syarikat ini juga menggunakan influencer untuk sebarkan jenamanya dan juga pelanggan mereka.


Pengguna online sentiasa diselubungi dengan periklanan-periklanan. Mereka sering mencari informasi yang benar dan boleh dipercayai. Selalunya, sumber-sumber informasi datang daripada review oleh influencer. Pengguna akan lebih mempercayai kata-kata seorang influencer daripada sebuah iklan.

Jadi, apa hubungan antara pemasaran melalui influencer dengan SEO?
Dengan menggunakan influencer, anda dapat menghasilkan trafik laman web, meningkatkan keterlihatan online anda dan juga meluaskan penyampaian content laman web anda.


Kebanyakan bisnes tidak lihat pulangan pelaburan mereka dalam pemasaran influencer ini. Hal ini kerana mereka tidak menyusun dan melaksanakan content sponsor dengan baik. Pemasaran anda akan gagal jika ia tidak mengikuti kehendak pengguna.


Untuk mendapatkan hasilan yang paling besar, anda patut mengambil influencer-influencer yang ada kaitan dengan pengguna sasaran anda. Backlinks-backlinks yang akan anda dapat daripada influencers ini akan memberi kuasa kepada Google dan meningkatkan usaha untuk SEO laman web anda.

4. BERT akan sentiasa digunakan

google bert 5db2b3a71e545 1024x538 - 5 Tren SEO 2020



BERT (Bidirectional Encoder Representations from Transfomers) membolehkan sesiapa untuk melatihkan sistem persoalan jawapan mereka. Ini adalah perubahan yang paling major Google telah melaksanakan dalam algoritma cariannya sejak RankBrain pada tahun 2014.


BERT akan memberi impak kepada satu daripada 10 persoalan. Pemasar SEO yang mengguna model BERT akan meningkatkan peluang mereka untuk mendapat ranking di halaman pertama untuk snipet khas di SERP Google.
BERT akan memberi impak yang paling besar kepada pertanyaan perbualan dimana preposisi “ke” dan “untuk” digunakan dalam maksud yang dicarikan di carian persoalan tersebut.


Untuk penjelasan, anda tidak boleh mengoptimumkan laman web anda untuk BERT semata. Google menggunakan BERT untuk memperbaiki pemahamannya terhadap bahasa semulajadi.

Tonton video ini untuk lebih lanjut:




Tetapi anda boleh mengoptimumkan untuk niat sebab carian pertanyaan kerana niat padanan ataupun intent matchiing adalah penting untuk mencipta content yang menarik.


Sebelum membuat satu copy, anda harus buat analisa sepuluh content ranking tertinggi yang dipaparkan di halaman pertama SERP untuk suatu kata kunci yang khusus. Adakah keputusan carian enjin tersebut penuh dengan maklumat, transaksional ataupun memberi hala tujuan yang tepat? Anda patut cipta content yang memenuhi kehendak pengguna mengikuti analisa yang telah anda lakukan.


5. Pengguna akan mahu pengalaman digital

Before 1024x447 - 5 Tren SEO 2020


44% company akan pindah ke digital-first approach untuk memperbaiki pengalaman pelanggan. Walaubagaimanapun 56% CEO pula berkata bahawa perbaikan menuju ke penigkatan pendapatan.


Kelajuan load suatu halaman laman web anda adalah satu faktor yang penting bagi ranking. Content yang hebat dan menarik tidak akan membawa apa-apa makna jika laman web anda tidak load dengan cepat atau anda interface pengguna anda terlalu rumit.


Bisnes yang berjaya akan memahami kewujudan hubungan long-term antara pelanggan dan pengguna bergantung kepada pengalaman mereka. Dan juga pengalaman pelanggan selalunya memberi kesan kepada ranking carian enjin. Hal ini kerana, hanya pengguna yang mendapat pengalaman yang bagus akan meluangkan lebih masa dalam laman web anda.


Anda patut fokus dan mementingkan pengalaman pengguna anda semasa mencari maklumat yang diperlukan. Mempermudahkan bagi mereka untuk ke langkah yang seterusnya.


Untuk memastikan pengalaman pengguna yang terbaik, anda perlu bayangkan diri anda sebagai seorang pengguna dahulu. Dengan ini, anda boleh mengenal pasti akan penyebab-penyebab yang memberi pengalaman yang buruk.


Elakkan daripada mengguna perkataan-perkataan yang susah untuk difahami. Kurang kejelasan juga akan menyebabkan peningkatan bounce rate dan impak negatif terhadap SEO laman web anda.

Konklusi



Bila anda sudah rasa hebat dan faham akan semua berkaitan dengan SEO, kemas kini algoritma berlaku. Kini, SEO adalah proses holistik yang memerlukan strategi pemasaran offline dan online untuk berjaya. Melaburlah dalam SEO sebagai strategi jangka panjang untuk generasi akan datang dan pastikan anda sentiasa mengikuti trend SEO yang paling terkini supaya tidak tertinggal.