Mimpi-mimpi politik PAS

SALAH satu perkara menarik yang menjadi perbincangan dalam arena politik negara ialah mengenai kedudukan Pas dalam pakatan pembangkang yang turut disertai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

1 780787 - Mimpi-mimpi politik PAS

Pergilah ke mana sahaja dan berbuallah dengan sesiapa sahaja, topik mengenai kedudukan Pas dalam pakatan pembangkang sentiasa menjadi perhatian.

Ditubuhkan oleh sekumpulan ulama melalui perpecahan yang berlaku di dalam UMNO pada tahun 1951, perjuangan politik Pas kini semakin terarah daripada sebuah parti yang mampu berdikari kepada sebuah parti yang dilihat menjadi ‘pak turut’ dan sekadar ‘kuda tunggangan’ dalam pakatan pembangkang.

Rekod cemerlang Pas kerana memerintah Kelantan sejak tahun 1990 semakin pudar akibat perkongsian impian politik bersama PKR dan DAP untuk menawan Putrajaya, sekali gus menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Walaupun suatu ketika Pas dilihat sebuah parti yang jauh lebih berwibawa berbanding PKR dan DAP namun Pas tidak mampu bertahan untuk menjadi sebuah parti yang terus berjuang sendirian bagi mencapai cita-cita untuk menubuhkan sebuah negara Islam.

Perkongsian impian dengan kedua-dua parti itu jelas menunjukkan Pas terpaksa mengorbankan banyak kekuatan dan jati diri semata-mata untuk memenuhi rentak politik PKR dan DAP. Malahan golongan ulama yang menjadi tonggak utama di dalam Pas kini dikatakan semakin terhakis suara mereka.

Ulama-ulama Pas majoritinya berada di dalam Dewan Ulama dan mereka seolah-olah tidak mempunyai kuasa politik bagi menentukan hala tuju parti itu biar pun hakikatnya, Pas ‘dilahirkan’, ‘dibesarkan’ dan dididik oleh golongan berkenaan.

Kesudahannya, akibat semakin kurangnya kuasa politik golongan ulama di dalam Pas, maka arah tuju Pas juga semakin tidak jelas, sebaliknya dari semasa ke semasa parti itu terus bercelaru dalam usahanya mencari kuasa politik.

Oleh itu apabila pemimpin-pemimpin Pas membuat kenyataan yang dilihat cuba menunjukkan mereka parti kuat dalam pakatan pembangkang ia dilihat hanyalah sekadar satu mimpi yang tidak mungkin menjadi kenyataan.

Berikut penulis paparkan beberapa mimpi politik Pas berdasarkan perjalanan parti itu sejak mereka berkawan dengan PKR dan DAP.

keldai dap - Mimpi-mimpi politik PAS

Menjadi parti dominan – Pas masih lagi bermimpi untuk menjadi dominan dalam pakatan pembangkang biar pun hakikatnya PKR dan DAP sudah pasti tidak akan mengizinkan perkara itu berlaku. Sebab itulah ramai pemerhati politik melihat impian Pas untuk bertanding 80 kerusi hanyalah satu impian yang tidak akan kesampaian.

Ini memandangkan PKR biar pun sedang menghadapi pelbagai kemelut dalaman dan luaran serta semakin terhakis sokongannya di kalangan rakyat, namun parti itu tetapi mahu menjadi pemimpin utama dalam pakatan pembangkang.

Impian PKR sudah tentulah bukan sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan kerana parti itu mempunyai hubungan rapat dengan DAP dan ia jauh lebih erat berbanding hubungan PKR dengan Pas.

Sebab itulah kita menyaksikan bagaimana dalam apa juga isu, pemimpin-pemimpin PKR dikatakan lebih menyebelahi DAP biar pun ia boleh menyinggung perasaan Pas.

Dalam pilihan raya umum akan datang PKR dan DAP sudah tentu akan memastikan Pas hanya bertanding sekitar 66 hingga 67 kerusi sahaja seperti mana pilihan raya umum lalu, manakala PKR dan DAP akan menentukan siapa antara mereka akan bertanding lebih banyak kerusi.

Apa yang menyedihkan, apabila keputusan sudah dibuat, Pas akan ‘diarahkan’ oleh sekutunya untuk menyediakan jentera pilihan raya untuk bertempur.

Ahli-ahli Pas akan dikerah memenuhi majlis-majlis ceramah PKR dan DAP, menggantung bendera kedua-dua parti itu dan bersedia membuat kenyataan bagi membela pemimpin-pemimpin pembangkang. Itu sahaja tugas Pas!

Malahan mereka juga akan bersedia bertakbir tanpa mengira siapa pun yang berucap.

Impian mewujudkan negara Islam – Pas masih lagi bermimpi untuk memperjuangkan negara Islam sedangkan ia sudah lama berkubur berikutan keputusan parti itu menegakkan negara berkebajikan. Namun begitu oleh kerana menyedari sokongan orang Melayu kepada mereka semakin merudum maka mahu tidak mahu Pas terpaksa mendendangkan semula soal memperjuangkan negara Islam.

Kita percaya dalam soal ini seperti mana kata penganalisis politik, Ahmad Masrizal Muhammad, semua itu hanyalah sandiwara dalam usaha Pas menarik sokongan orang Melayu.

Semua orang tahu Pas sudah tidak lagi sinonim dengan perjuangan Islam selagi mereka berada dalam pakatan pembangkang. PKR dan DAP sudah pasti tidak akan membenarkan Pas meneruskan perjuangan Islamnya.

Laluan Pas dalam soal ini hanyalah sekadar retorik politik kerana di dalam parti itu sendiri terdapat penentangan yang cukup ketara. dalam soal berkenaan. Golongan ulama masih berhasrat untuk meneruskan perjuangan Islam yang dianggap perjuangan asal Pas. Tetapi dalam masa yang sama, di dalam Pas juga terdapat kelompok pemimpin-pemimpin tertentu yang begitu mahu menjaga hati dalam soal hubungan dengan PKR dan DAP. Oleh itu dalam keadaan mereka begitu ghairah untuk memburu kuasa bersama kedua-dua parti berkenaan, ada di kalangan pemimpin tersebut yang tidak mahu ada perkara berbangkit yang mampu menjejaskan impian berkenaan.

Pemimpin Pas jadi Perdana Menteri – Inilah mimpi yang paling menyeronokkan bagi pengikut-pengikut Pas kerana mereka merasakan pemimpin-pemimpin utama mereka layak tetapi hakikatnya pemimpin mereka sendiri tiada keyakinan diri. Sebab itulah mereka membuat kenyataan-kenyataan yang menyatakan jika pakatan pembangkang menang dalam pilihan raya umum nanti yang akan menjadi Perdana Menteri ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengikut-pengikut Pas harus memahami bahawa kedudukan pemimpin mereka di dalam pakatan pembangkang sekadar penyokong setia dan pengikut sahaja, pemimpin-pemimpin PKR dan DAP mendominasi segala agenda politik pakatan tersebut.

Apatah lagi, berbanding Pas, pemimpin-pemimpin PKR lebih mendapat kepercayaan pemimpin DAP sebab itulah biar pun PKR mempunyai kerusi yang kurang dalam Parlimen berbanding Pas, namun DAP tetap memberi laluan kepada Anwar untuk menjadi ketua pembangkang.

Pemimpin-pemimpin Pas hanya digunakan untuk membuat kenyataan-kenyataan menyokong dan membela pemimpin PKR dan DAP. Oleh itu tidak usahlah pengikut-pengikut Pas bermimpi pemimpin mereka akan menjadi pemimpin utama dalam pakatan pembangkang.

Berhasrat menggantikan UMNO – Inilah mimpi paling mengasyikkan bagi Pas sehingga mereka sanggup mencetak kemeja t yang tertulis perkataan Pas ganti UMNO.

Tetapi semua orang tahu sejauh manakah kemampuan Pas untuk berbuat demikian. Pas bukan seperti UMNO kerana dalam pembangkang, Pas diibarat seperti melukut di tepi gantang demi mencari kuasa.

Ini berbeza dengan UMNO yang menjadi tonggak kekuatan BN tetapi sentiasa menghormati kesepakatan yang dicapai bersama komponen parti itu sejak merdeka.UMNO tidak pernah mahu menjadi ‘abang besar’ di dalam BN tetapi dalam pakatan pembangkang semua orang tahu siapa ‘abang besar’ yang Pas dilihat perlu akur.

Kesimpulannya, Pas boleh terus bermimpi dan bermimpi untuk menjadi parti utama dalam pakatan pembangkang tetapi ia tidak akan menjadi kenyataan.

Bak kata Ahmad Masrizal, ”Pas dalam pakatan pembangkang sebenarnya adalah tidak ke mana. Tiada kekuatan suara, fikrah apatah lagi kekuatan politik untuk menentukan hala tuju pakatan itu. Itulah jatuh nasib Pas dalam Pakatan Pembangkang, tampak hebat berceramah siang dan malam tetapi ironisnya hanya setakat melukut dalam lingkaran pakatan Pembangkang.”

oleh  Zulkiflee Bakar

Peluang Tersedia Oleh Kerajaan Untuk Usahawan Tingkat Pendapatan – Fama

Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Usahawan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Abdul Razak Majid berkata umpamanya penubuhan pasar tani sahaja di seluruh negara sudahpun mencecah angka 476 lokasi setakat ini.

“Ini merupakan salah satu rangkaian yang paling besar bagi membantu peniaga kecilan memasarkan hasil tanaman atau barangan mereka kepada pelanggan setempat,” katanya kepada Bernama di sini, Khamis.

Beliau berkata penubuhan pasar tani yang kini dapat dilihat merangkumi seluruh negara adalah semata-mata untuk memberi ruang pasaran kepada usahawan-usahawan setempat dan juga petani-petani untuk menambah pendapatan dan juga sebagai medium memperluaskan perniagaan mereka.

“Ini peluang yang tersedia. Para usahawan dan petani diharap perlu bersedia dengan hasil pengeluaran untuk memenuhi atau menampung permintaan pelanggan,” katanya.

– BERNAMA

Golongan Muda Teruja Untuk Sertai Program 1 Juta Tweet Merdeka Ke-55

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Rata-rata golongan muda teruja dan tidak sabar untuk menjadi sebahagian daripada sejarah dengan menyertai program 1 Juta Tweet Merdeka 55.

Related: Anwar : Pas tidak boleh diharap – Mohammad Fairuz

Picture1 - Golongan Muda Teruja Untuk Sertai Program 1 Juta Tweet Merdeka Ke-55

Meskipun sekadar satu mesej ringkas, generasi muda berpendapat ia adalah peluang bagi menzahirkan semangat kemerdekaan di kalangan mereka.

Related: Kelas peralihan dimansuh 2017 – Muhyiddin

Khairun Nizam Husen, 21, seorang pelajar berkata kerajaan dilihat mengambil inisiatif berkesan dengan memperkenalkan program itu kepada generasi muda kerana laman sosial Twitter kini sudah menjadi satu fenomena di kalangan mereka.

“Tidak dapat dinafikan remaja sekarang sedikit sebanyak sudah melupakan sambutan kemerdekaan, namun melalui program 1 juta tweet ini remaja dapat menonjolkan kembali rasa cintakan tanah air mereka.

“Saya berasa sangat teruja untuk menyertai 1 juta tweet kemerdekaan yang bakal berlangsung pada malam merdeka nanti dan sudah mempunyai idea mengenai tweet kemerdekaan nanti,” katanya kepada Bernama.

Semalam, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mengumumkan sasaran 1 juta “Tweet” berunsurkan patriotik dan cintakan tanah air dari seluruh pengguna “Twitter” di Malaysia ditetapkan bagi memecahkan rekod dunia pada Perhimpunan Janji Ditepati sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, Jumaat ini.

Rais berkata pengguna Twitter di Malaysia boleh melakukan tweet dalam tempoh waktu satu jam dari pukul 8.15 malam sehingga 9.15 malam dengan mengikutinya di laman ‘Tweet #Merdeka55’ pada malam sambutan yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Penulis blog, Nurul Aziera Mohd Zain, 22, berkata jika golongan veteran yang menuntut kemerdekaan satu ketika dahulu berjuang secara fizikal, golongan muda seperti beliau boleh menjadikan twitter sebagai medium untuk menzahirkan semangat kemerdekaan.

“Program 1 juta tweet ini secara tidak langsung dapat melonjakkan nama negara di mata dunia,” katanya.

Ariffuddin Ismail , 21, pula berkata dengan adanya 1 juta tweet Merdeka ke-55 akan dapat memupuk kasih sayang dan semangat kecintaan kepada negara.

“Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental yang dinikmati dengan membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah,” katanya.

Muhammad Fakhruddin Khairuddin, 22, menyifatkan program tweet 1 juta merdeka sebagai ‘bagus’ kerana melalui media sosial semangat kemerdekaan remaja dapat dipupuk kembali dan mendekatkan mereka untuk mengerti erti kemerdekaan.

“Seperti yang kita nampak sekarang, semangat kemerdekaan sudah hampir pupus terutamanya dalam kalangan remaja, jadi dengan adanya program ini mereka akan lebih bersemangat dan mengingati hari kemerdekaan,” katanya.

Khew Xun Jie, 26, seorang pelajar berpendapat program itu walaupun boleh menunjukkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda, ia hanya terhad kepada pengguna twitter.

“Ini tidak adil kepada golongan yang tidak mempunyai telefon pintar bagi mengakses twitter. Pada tempoh antara 8.15 malam hingga 9.15 malam orang sudah mula keluar menghadiri aktiviti kemerdekaan, jika mahu buat macam tu, eloklah buat awal sikit,” katanya.

– BERNAMA

Genovasi cipta kekayaan

PUTRAJAYA 1 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan penubuhan Genovasi (Generasi dan Inovasi) iaitu inisiatif baru kerajaan bagi membangunkan kemahiran inovasi di kalangan belia tempatan yang membolehkan mereka mencipta kekayaan serta memperbaiki taraf hidup. 

Related: Anwar : Pas tidak boleh diharap – Mohammad Fairuz

dn 02.1 - Genovasi cipta kekayaan

Najib Tun Razak bersama rakan kongsi antarabangsa Genovasi (dari kiri) Datuk Jimmy Choo, Joseph Lentsch, Dr. Timm Krohn, Dugie Cameron, Dr. Jerome Glenn, Salim Ismail dan Kamal Jit Singh (kanan) selepas mengumumkan pelancaran Genovasi di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam. – BERNAMAMenurut Perdana Menteri, inisiatif itu selaras dengan kepentingan kemahiran inovasi sebagai strategi berkesan untuk mencapai kejayaan dalam persekitaran dunia yang diistilahkan sebagai VUCA iaitu tidak stabil, tidak pasti, rumit dan tidak jelas.

Beliau berkata, semua negara terkemuka di dunia telah menggunakan inovasi untuk mencapai peningkatan yang besar dalam membangunkan kemajuan mereka.

Katanya, Genovasi yang akan dilancarkan sebagai satu entiti tahun depan sekali gus memperlihatkan usaha kerajaan membangunkan belia menjadi Duta Inovasi Negara yang memainkan peranan aktif dalam mempertingkatkan dan memperbaiki negara.

Related: Kelas peralihan dimansuh 2017 – Muhyiddin

“Kita menyasarkan sekurang-kurangnya seramai 5,000 Duta Inovasi Negara dapat dihasilkan dalam tempoh lima tahun akan datang melalui inisiatif itu,” katanya ketika berucap melancarkan inisiatif Genovasi Malaysia di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Unit Inovasi Khas (Unik), Datuk Dr. Kamal Jit Singh.

Genovasi akan bekerjasama dengan pemimpin inovasi global untuk menyampaikan tentang inovasi, kemahiran, kepakaran dan metodologi kepada Duta Inovasi itu.

Tiga laluan disediakan iaitu masyarakat (projek pusat untuk memberi manfaat kepada rakyat), ekonomi (projek menjana kekayaan gelombang baru) dan projek peningkatan kerajaan bagi membantu penyampaian perkhidmatan.

Menurut Najib, Unik diberi mandat untuk memantapkan penubuhan Genovasi, satu inisiatif pertama seumpamanya di ASEAN, bagi mencipta dan menghasilkan Duta Inovasi Negara yang akan ditaja oleh Agensi Inovasi Malaysia (AIM).

Katanya, mereka akan dilantik oleh AIM untuk memula dan melaksanakan projek menerusi tiga laluan tersebut.

“Genovasi akan dilancarkan pada awal tahun depan sebagai satu entiti dan saya harap ia diberikan status universiti dalam masa lima tahun,” katanya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan memahami dan menghargai bahawa belia tidak lagi mahu menjadi penonton pasif dan ingin terlibat secara aktif dalam membangunkan negara yang bakal mereka warisi.

“Inisiatif itu akan memberi jalan kepada mereka untuk bersatu dengan negara, memberikan semangat serta komitmen bagi membina Malaysia.

“Lagipun, menjadi tanggungjawab kerajaan untuk meninggalkan asas yang kukuh dan kuat untuk belia membina masa depan kelak,” katanya.

– utusan 

Umno: PAS seleweng fakta Kompleks Al-Bukhary

Kerajaan PAS Kedah telah menyeleweng fakta dengan memberi gambaran tindakan meroboh Madrasah Salihiah sama seperti pembangunan Kompleks Al-Bukhary di Alor Malai yang dilaksanakan semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, dalam kes Madrasah Salihiah itu kerajaan PAS ingin merobohkan sebuah surau serta mengambil tanah wakaf untuk didirikan sebuah kompleks membeli belah.

“Dalam pembangunan Kompleks Al-Bukhary, masjid yang sedia ada dirobohkan untuk pembinaan sebuah masjid yang lebih baik, luas dan selesa juga di kawasan yang sama,” katanya dalam satu kenyataan di Alor Setar hari ini.

Beliau berkata, masjid baru itu boleh menampung lebih 3,000 jemaah berbanding masjid lama yang hanya dapat menampung kira-kira 500 jemaah.

Sebagai bekas Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan semasa pembangunan projek Kompleks Al-Bukhary yang dimulakan sekitar tahun 2003, katanya penduduk juga telah menyatakan persetujuan bagi pembinaan masjid baru itu.

“Berbanding dengan Madrasah Salihiah itu para jemaah dan waris tanah wakaf berkenaan menentang tindakan meroboh madrasah dan kemudian mahu membina surau ganti di dalam kompleks membeli belah,” kata Ahmad Bashah.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Kedah, Abdul Ghani Ahmad dalam sebuah akhbar harian yang mendakwa tindakan kerajaan negeri yang mahu merobohkan Madrasah itu pernah dilakukan kerajaan BN dahulu yang merobohkan Masjid Alor Malai untuk membangunkan kompleks Al-Bukhary.

– Bernama

53 Pendatang Tanpa Izin Ditahan Dalam Ops Sapu Di Kuala Besut

BESUT 22 Sept – Seramai 53 pendatang tanpa izin ditahan dalam Ops Sapu yang dijalankan Jabatan Imigresen Terengganu di sebuah tapak pembinaan projek rumah pangsa dekat Kuala Besut, Selasa.

Mereka yang ditahan dalam operasi kira-kira dua jam bermula pukul 11 pagi itu terdiri daripada rakyat Indonesia, Bangladesh dan Vietnam.

Pengarah Jabatan Imigresen Terengganu Azhar Abd Hamid berkata ketika serbuan dibuat, kesemua mereka termasuk tiga wanita sedang bekerja di tapak pembinaan itu.

“Hasil pemeriksaan mendapati mereka melakukan pelbagai kesalahan termasuk 24 orang menyalahguna pas kerja, 16 tiada dokumen pengenalan diri dan 13 lagi tinggal lebih masa di negara ini,” katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Beliau berkata operasi itu membabitkan 29 anggota jabatan itu dan 12 anggota Rela.

Kesemua yang ditahan itu dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Ajil, katanya.

Sumber : BERNAMA

Malaysia Positif Pelaksanaan Konsep ‘Plea Bargaining’ – Abdul Gani

LANGKAWI  – Malaysia positif berhubung pelaksanaan konsep ‘plea bargaining’ atau rundingan bagi pengakuan bersalah dalam kes jenayah di mahkamah, kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.


Beliau berkata konsep itu akan mempercepatkan pelupusan kes jenayah dan mengurangkan kes tersebut yang tertunggak, selain menjimatkan masa serta kos mahkamah.

“Konsep ini diguna pakai di Amerika Syarikat dan sebanyak 90 peratus kes tertunggak berjaya diselesaikan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Tahunan Kelima Jabatan Peguam Negara Brunei Darussalam, Malaysia dan Singapura di sini pada hari Isnin.

Abdul Gani berkata sesetengah peguam mungkin bimbang dengan pelaksanaan konsep ‘plea bargaining’, namun beliau percaya ia sesuatu yang perlu dijalankan di negara ini.

Kira-kira 150 peserta, termasuk pegawai Jabatan Peguam Negara Malaysia, Brunei dan Singapura dengan diketuai Peguam Negara masing-masing, menghadiri kursus empat hari itu, yang antara lain, bertujuan menjadi forum penting bagi pertukara pengetahuan serta pengalaman dalam bidang perundangan.

Persidangan itu juga menjadi landasan yang menyediakan peluang lebih luas untuk berinteraksi bagi mengukuhkan jalinan perkongsian sedia ada, selain memupuk persahabatan dan hubungan erat di kalangan warga Jabatan Peguam Negara ketiga-tiga negara.

Topik yang dibincangkan ialah Rundingan Bagi Pengakuan Bersalah dan Hukumannya” serta “Timbang Tara dan Mediasi Sebagai Mekanisma Penyelesaian Pertikaian Alternatif’.

Terdahulu, Abdul Gani dalam ucapannya berkata topik berkenaan bukan sahaja tepat pada masanya, malah sesuai bagi memenuhi lanskap perundangan yang kian meluas, namun beliau turut mengingatkan bahawa keadilan bukan hanya perlu dilaksanakan, malah ia perlu dilihat telah dilaksanakan.

“Walaupun kita amat mendambakan perbicaraan dan pelupusan kes secara pantas, kita juga perlu ingat bahawa ia tidak sepatutnya menjejaskan keadilan.

“Kesucian keadilan tidak sepatutnya dikorbankan demi angka dan statistik, penangguhan juga tidak sepatutnya dicegah, namun ia perlu ditolak berlandaskan alasan yang koheren,” katanya.

Hadir sama Peguam Negara Brunei Datin Paduka Hayati Md Salleh dan Peguam Negara Singapura Sundaresh Menon. – BERNAMA

Rais Yatim Nafi Dakwaan Laporan Blog & Pembangkang

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini menafikan dakwaan kononnya beliau terlibat dalam satu kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di internet dan parti pembangkang terhadapnya.

“Saya menafikan sebarang alegasi tersebut sama ada yang berkaitan alegasi memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata “alegasi liar yang ditujukan terhadap diri saya susulan laporan blog dan parti-parti politik pembangkang di akhir-akhir ini adalah longgokan fitnah dan pendustaan yang dahsyat, jelek dan jahat.”

Penafian ini adalah pengesahan. Pastinya rakyat dah dapat hidu akan fitnah ini. Jika benar berlaku, pastinya Anwar orang pertama (berita di Indonesia) dah hebahkan dalam semua ceramahnya…fikirkanlah.Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini menafikan dakwaan kononnya beliau terlibat dalam satu kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di internet dan parti pembangkang terhadapnya.

“Saya menafikan sebarang alegasi tersebut sama ada yang berkaitan alegasi memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata “alegasi liar yang ditujukan terhadap diri saya susulan laporan blog dan parti-parti politik pembangkang di akhir-akhir ini adalah longgokan fitnah dan pendustaan yang dahsyat, jelek dan jahat.”

“Saya menyatakan dengan kerelaan bahawa apa-apa laporan yang diperbuat oleh mana-mana pihak setakat ini berkaitan perkara ini wajar disiasat mengikut lunas undang-undang negara,” katanya.

Rais berkata beliau dan anggota keluarganya bersedia memberi sepenuh kerjasama dalam siastan itu dan apa-apa keputusan siasatan rasmi itu akan diterima dan dipatuhi.

Beliau berkata “sementara siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa, demi keadilan dan kemanusiaan, pihak-pihak yang rakus mengamalkan politik kotor melalui internet atau media lain diminta menghentikan sebarang spekulasi, cemuhan atau berbuat sesuatu yang mencabul budaya berpekerti baik.”

“Semua tulisan, laporan, picisan, spekulasi termasuk ilustrasi foto atau gambar yang disiarkan di bawah mana-mana pojok blog, laman web di internet setakat ini berkaitan alegasi salahlaku atau jenayah memperkosa mana-mana individu sedemikian adalah bertujuan jelek, berniat jahat dan memfitnah secara fabrikasi atau rekaan tanpa lunas sahih di sisi undang-undang,” katanya.

Rais berkata sehubungan itu, perkara ini adalah mainan politik jahat dan kotor yang sengaja digembar-gemburkan bagi tujuan memperolehi dividen politik pembangkang.

Laporan polis oleh PAS dan sekutunya di Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan pada Selasa lepas susulan spekulasi blogger adalah bukti bahawa alegasi ini bermotifkan politik kotor dengan tujuan supaya rakyat di Jelebu memihak kepada pembangkang sedangkan mereka tiada kesahihan hak untuk membuat laporan sedemikian dari sudut perundangan, kata anggota Parlimen Jelebu itu.

Rais berkata: “Alegasi pemerkosaan seperti yang dikarang penulis blog tiada kaitan langsung dengan dedahan yang kononnya dipanggil wikileaks.”

Beliau berkata tindakan mengaitkan mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan sebagai tidak melayani aduan pada 2007 berkaitan kes tersebut adalah suatu perbuatan “politik licik murahan yang semata-mata bertujuan mengelirukan fakta di mata rakyat kerana perkara tersebut tidak pernah dibawa ke perhatian Abdullah dan Musa.”

“Apa-apa yang disebut sebagai laporan dari luar atau dalam negara yang mengisahkan alegasi memperkosa individu tertentu di dalam media blog, laman web atau lain-lain di internet adalah manifestasi politik bagi tujuan merosakkan peribadi saya selaku Anggota Pentadbiran Kerajaan Malaysia yang rekod khidmat saya tidak pernah tercela dengan sebarang salahlaku dalam tempoh hampir 40 tahun,” katanya.

Rais berkata tujuan merosakkan nama dan imej beliau itu jelas supaya perjuangannya di Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) tergencat dan menggagalkan dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional khususnya Gagasan 1Malaysia yang dicipta Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

“Pembangkang dan pihak-pihak yang tidak senang dengan penerimaan dan kejayaan dasar ini di kalangan rakyat bertindak untuk membantutkannya melalui fitnah dan pendustaan murahan.

“Mereka berpandangan dengan ‘membunuh pengantarnya’ tujuan jahat mereka tercapai,” tambahnya.

Rais berkata dengan adanya gara-gara dan perkembangan pilihan raya kecil dan umum di musim kini, “isu seperti ini diolah oleh mereka itu sebagai ‘lembing rejaman’ yang diharap akan membunuh politik dan perjuangan murni kerajaan.

“Mereka menganggap dengan dedahan bersifat spekulasi dan tohmahan ini pemerhatian umum terhadap kes-kes jenayah besar seperti liwat yang melibatkan pimpinanan pembangkang akan dapat dipesongkan,” katanya.

Sejak kebelakangan ini, beberapa laman blog telah menyiarkan cerita yang mengaitkan Rais merogol seorang pembantu rumah pada 2007.

Sumber : BERNAMA