Perubahan Perlu Diadakan Untuk Mendapatkan Sokongan Masyarakat Cina - Kayveas PDF Print E-mail
Berita | Politik

KUALA LUMPUR, 24 Feb - Kecenderungan masyarakat Cina di negara ini untuk menyokong parti pembangkang bukan disebabkan pakatan tersebut hebat mahupun berjaya menunaikan janji-janji yang dilontarkan, kata Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M. Kayveas.

Sebaliknya, beliau berkata masyarakat Cina menyokong pembangkang kerana mereka dilihat berupaya dan berani untuk menyuarakan sesuatu isi hati masyarakat itu dengan berkesan.

Kecenderungan masyarakat Cina untuk terus menyokong pembangkang cukup terserlah sekalipun isu-isu yang ditimbulkan pembangkang ada ketikanya tidak berasas, katanya ketika ditemuramah dalam program 'Dalam Radar' terbitan Bernama Radio24, semalam.

Kayveas berkata keterikatan pendekatan parti politik seperti MCA dan Gerakan yang mempraktikkan strategi rundingan berbanding pembangkang yang lebih cenderung kepada pendekatan konfrontasi, membataskan pergerakan mereka untuk memperjuangkan hak masyarakat Cina secara efektif.

"Oleh yang demikian, adalah mustahak untuk kita mengubah suai pendekatan dalam menangani sesuatu isu. Landskap politik semasa negara yang berubah menuntut satu pendekatan baharu dalam menangani isu berbangkit.


- BERNAMA

 

Add comment


Dosa Tolak Tepi

mod_vvisit_counterHari Ini9678

mod_vvisit_counterSemalam16130

mod_vvisit_counterMinggu Ini83851

We have: 50 guests, 1 members, 70 bots online
IP Anda: 38.107.179.230
Today: May 19, 2012
mod_vvisit_counterBulan Ini277150

mod_vvisit_counterSejak Mei '107455961

FoN Team