|
Berita |
Politik
|
|
KUALA TERENGGANU 31 Dis. - Kerajaan perlu membuat pendirian tegas berhubung isu kalimah Allah supaya penggunaannya kekal untuk agama Islam sahaja dan wajib dihormati semua pihak termasuk penganut agama lain. 
Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Mohd. Nor Hamzah berkata, kerajaan perlu menggunakan segala kuasa yang ada untuk menangani isu itu daripada terus berpanjangan sehingga menimbulkan kekeliruan terutama dalam kalangan umat Islam di negara ini.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong berkata, kerajaan menerusi agensi-agensi berkaitan sepatutnya berusaha membawa perkara itu kepada Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan untuk dibincang serta dibuat kajian.
Sebaik sahaja kajian selesai dibuat, jawatankuasa itu akan membuat keputusan atau mengeluarkan fatwa berkenaan penggunaan kalimah Allah yang akhirnya mesti diperakui dan dihormati semua pihak," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang diselar
| | Datuk Mohd. Salleh Man |
Sikap Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd. Salleh Man berdiam diri berhubung isu cadangan penggunaan perkataan Allah dalam Bible versi bahasa Melayu diselar ahli-ahlinya sendiri.
Lebih dikesalkan mereka, Mohd. Salleh yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) menafikan Pas negeri terbabit dalam demonstrasi membantah cadangan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng itu Jumaat lalu.
Ahli Pas seumur hidup, Azmi Jaafar berkata, Mohd. Salleh dilihat lebih mementingkan jawatan dalam parti dan dalam kerajaan DAP Pulau Pinang sehingga sanggup bersekongkol dengan Guan Eng.
Sepatutnya dia (Mohd. Salleh) sepakat dengan kepimpinan Pas Pusat menolak sebarang usaha membenarkan orang bukan Islam menggunakan perkataan Allah kerana kalimah itu tidak boleh dikongsi.
- utusan |
|
Last Updated ( Tuesday, 01 January 2013 12:05 )
|