KUALA LUMPUR, 6 Sept – Tanglung Gergasi 1Malaysia setinggi enam meter bakal menjadi tarikan utama sambutan Pesta Pelancongan Tanglung 1Malaysia 2012 yang bermula 21 Sept ini.
Related: Anwar : Pas tidak boleh diharap – Mohammad Fairuz

Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata pesta selama 10 hari yang akan berlangsung di Pasar Seni itu menyasarkan kehadiran 400,000 pengunjung.
“Penganjuran pesta tanglung yang masuk kali keempat ini dijadikan sebagai satu produk pelancongan kepada negara dan menjadi kekuatan dan aset untuk melonjakkan negara ke peringkat lebih tinggi pada masa depan.
“Saya berharap acara ini akan dilihat sebagai satu lagi jambatan yang boleh membina perpaduan kaum ke arah memperkukuhkan konsep 1Malaysia,” katanya pada sidang media, di sini Khamis.
Related: Kelas peralihan dimansuh 2017 – Muhyiddin
Katanya pada sambutan itu beliau akan mengetuai perarakan tanglung dari Pasar Seni ke Jalan Petaling.
Pesta itu dianjurkan bersama kementerian tersebut, Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Persatuan Pelancongan Taiwan Kuala Lumpur dan Pasar Seni.
– BERNAMA