Malaysia Semakin Popular Dalam Kalangan Pelancong China Dan India – Ng

Sue Fowler

PUTRAJAYA, 21 Sept – Malaysia kini semakin mendapat tempat sebagai destinasi pilihan dalam kalangan pelancong dari China dan India, kata Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

1 Malaysia Tourism Hunt - Malaysia Semakin Popular Dalam Kalangan Pelancong China Dan India - Ng
Jalur Gemilang Bendera Malaysia dikibar Datuk Seri Dr Ng Yen Yen sempena bermulanya pertandingan Malaysia Tourism Hunt 2012

Beliau berkata perkara itu ditunjukkan menerusi ketibaan pelawat dari kedua-dua negara berkenaan yang semakin meningkat kebelakangan ini.

“Tahun lepas pengunjung China adalah yang teramai mengunjungi Malaysia selepas pelawat dari negara Asean,” katanya kepada pemberita sebelum melancarkan ‘Malaysia Tourism Hunt 2012’, di sini Jumaat.

Ng berkata China juga menjadi pasaran yang semakin penting dalam sektor pelancongan negara kerana kedudukannya yang dekat selain persamaan dari segi bahasa dan makanan.

Sebagai sebuah negara yang besar, China mempunyai penduduk yang ramai dan mereka ini mahu mengembara, katanya.



– BERNAMA

Next Post

Pencapaian ETP Tahun Lepas Menggalakkan Dengan PNK Capai RM830 Bilion

KUALA LUMPUR, 24 Sept – Pencapaian Program Transformasi Ekonomi (ETP) bagi tahun lepas amat menggalakkan dengan Pendapatan Negara Kasar (PNK) mencapai sebanyak RM830 bilion berbanding sasaran RM797 bilion. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri SK Devamani berkata pelaburan sektor swasta juga berjaya mencapai RM94 bilion berbanding sasaran RM83 bilion. Beliau […]
b8eb0ec340ec13642fa3a1d8ef537779 - Malaysia Semakin Popular Dalam Kalangan Pelancong China Dan India - Ng