Nasha Mat Isa Hanya SAMPAH SARAP Dalam PAKATAN RAKYAT – Guan Eng

Sue Fowler

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng melabel Nasharuddin Mat Isa sebagai ‘ejen Umno’ selepas tidak dapat membendung rasa kecewa diasak pemberita yang mahu beliau respon terhadap gesaan memohon maaf secara terbuka bersabit kenyataan hukum hudud.

COVER%2B0015 - Nasha Mat Isa Hanya SAMPAH SARAP Dalam PAKATAN RAKYAT - Guan Eng

Guan Eng macam tokong you know to the Chinese, you cannot deny that, he is just like a tokong – Mansor Othman.


Ahli Parlimen Bagan turut melahirkan perasaan hairan dengan sikap bekas Timbalan Presiden PAS yang seringkali menimbulkan masalah dalaman Pakatan Rakyat (Pakatan).

“Bila dia jadi Timbalan Presiden PAS tiada masalah tetapi bila tidak jadi Timbalan Presiden PAS pula macam ejen Umno, cakap lain pula, saya rasa itu yang saya nak cakap,” jelasnya lagi.

Ditanya sama ada PAS perlu mengambil tindakan keatas Nasha, beliau tidak mahu memberi sebarang ulasan.

“Saya rasa itu saya tak mahu jawab itu bukan tempat saya kita harus bersikap tuntas takkan satu masa macam itu, masa lain bersikap lain pula.

“Mungkin beliau harus tanya soalan ini kepada Umno apakah pendirian mereka berkaitan dengan hudud,” tambahnya.

Malah, menurut Guan Eng, beliau sekali lagi mengulangi pendirian tetap dan konsisten DAP menentang hudud.

“Saya rasa agak pelik sikit apabila beliau menjadi Timbalan Presiden PAS, beliau tidak ada masalah tetapi sekarang ada masalah, kalau nak tanya dengan pendirian ini kita (DAP) amat jelas dengan pendirian ini sepanjang masa amat konsisten, jadi tidak ada apa-apa yang baru untuk beliau. Beliau tahu tetapi yang pelik kenapa masa itu tak jadi masalah sekarang jadi masalah, saya rasa beliau kena jawab,” soalnya.

Dalam sidang media di lobi parlimen pagi tadi, Nasharudin Mat Isa menggesa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memohon maaf secara terbuka berhubung kenyataan menentang hukum hudud sambil menyifatkan ianya “bertentangan dengan kesepakatan Pakatan Rakyat”.

Menurutnya, Guan Eng seharusnya faham dengan perjuangan PAS yang menggariskan bahawa pelaksanaan hudud adalah wajib dan bukan pilihan.

“Pendirian Guan Eng tentang pendirian tentang hudud, jelas bercanggah dengan apa yang disebut oleh YB Tok Guru Mursyidul Am PAS, yang hudud itu merupakan satu kewajipan, bukan satu pilihan.

“Selepas pemimpin veteran DAP, Karpal Singh dan Lim Kit Siang berjaya ‘menundukkan’ PAS dalam isu hudud, kali ini, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng pula menegaskan hukum Islam itu bukan dasar pakatan pembangkang,” katanya pada sidang media di lobi Dewan Rakyat Negara hari ini.

Justeru, Ahli Parlimen Bachok itu mendesak Guan Eng menarik semula kenyataan beliau.

Next Post

Proaspirasi kuasai pemilihan MPP

KUALA LUMPUR – Kumpulan Pro-Aspirasi meneruskan penguasaan pilihan raya kampus sesi 2012/2013 dengan memenangi dua pertiga pusat pengajian tinggi awam. Barisan kepimpinan kumpulan proaspirasi yang memenangi 34 daripada 36 kerusi yang dipertandingkan meraikan kemenangan mereka bersama Naib Canselor UUM, Datuk Dr. Mohamed Mustaffa Ishak (barisan belakang, tengah) di universiti tersebut […]
ka 01.1 - Nasha Mat Isa Hanya SAMPAH SARAP Dalam PAKATAN RAKYAT - Guan Eng