Peluang Tersedia Oleh Kerajaan Untuk Usahawan Tingkat Pendapatan – Fama

Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Usahawan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Abdul Razak Majid berkata umpamanya penubuhan pasar tani sahaja di seluruh negara sudahpun mencecah angka 476 lokasi setakat ini.

“Ini merupakan salah satu rangkaian yang paling besar bagi membantu peniaga kecilan memasarkan hasil tanaman atau barangan mereka kepada pelanggan setempat,” katanya kepada Bernama di sini, Khamis.

Beliau berkata penubuhan pasar tani yang kini dapat dilihat merangkumi seluruh negara adalah semata-mata untuk memberi ruang pasaran kepada usahawan-usahawan setempat dan juga petani-petani untuk menambah pendapatan dan juga sebagai medium memperluaskan perniagaan mereka.

“Ini peluang yang tersedia. Para usahawan dan petani diharap perlu bersedia dengan hasil pengeluaran untuk memenuhi atau menampung permintaan pelanggan,” katanya.

– BERNAMA

Golongan Muda Teruja Untuk Sertai Program 1 Juta Tweet Merdeka Ke-55

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Rata-rata golongan muda teruja dan tidak sabar untuk menjadi sebahagian daripada sejarah dengan menyertai program 1 Juta Tweet Merdeka 55.

Related: Anwar : Pas tidak boleh diharap – Mohammad Fairuz

Picture1 - Golongan Muda Teruja Untuk Sertai Program 1 Juta Tweet Merdeka Ke-55

Meskipun sekadar satu mesej ringkas, generasi muda berpendapat ia adalah peluang bagi menzahirkan semangat kemerdekaan di kalangan mereka.

Related: Kelas peralihan dimansuh 2017 – Muhyiddin

Khairun Nizam Husen, 21, seorang pelajar berkata kerajaan dilihat mengambil inisiatif berkesan dengan memperkenalkan program itu kepada generasi muda kerana laman sosial Twitter kini sudah menjadi satu fenomena di kalangan mereka.

“Tidak dapat dinafikan remaja sekarang sedikit sebanyak sudah melupakan sambutan kemerdekaan, namun melalui program 1 juta tweet ini remaja dapat menonjolkan kembali rasa cintakan tanah air mereka.

“Saya berasa sangat teruja untuk menyertai 1 juta tweet kemerdekaan yang bakal berlangsung pada malam merdeka nanti dan sudah mempunyai idea mengenai tweet kemerdekaan nanti,” katanya kepada Bernama.

Semalam, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mengumumkan sasaran 1 juta “Tweet” berunsurkan patriotik dan cintakan tanah air dari seluruh pengguna “Twitter” di Malaysia ditetapkan bagi memecahkan rekod dunia pada Perhimpunan Janji Ditepati sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, Jumaat ini.

Rais berkata pengguna Twitter di Malaysia boleh melakukan tweet dalam tempoh waktu satu jam dari pukul 8.15 malam sehingga 9.15 malam dengan mengikutinya di laman ‘Tweet #Merdeka55’ pada malam sambutan yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Penulis blog, Nurul Aziera Mohd Zain, 22, berkata jika golongan veteran yang menuntut kemerdekaan satu ketika dahulu berjuang secara fizikal, golongan muda seperti beliau boleh menjadikan twitter sebagai medium untuk menzahirkan semangat kemerdekaan.

“Program 1 juta tweet ini secara tidak langsung dapat melonjakkan nama negara di mata dunia,” katanya.

Ariffuddin Ismail , 21, pula berkata dengan adanya 1 juta tweet Merdeka ke-55 akan dapat memupuk kasih sayang dan semangat kecintaan kepada negara.

“Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental yang dinikmati dengan membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah,” katanya.

Muhammad Fakhruddin Khairuddin, 22, menyifatkan program tweet 1 juta merdeka sebagai ‘bagus’ kerana melalui media sosial semangat kemerdekaan remaja dapat dipupuk kembali dan mendekatkan mereka untuk mengerti erti kemerdekaan.

“Seperti yang kita nampak sekarang, semangat kemerdekaan sudah hampir pupus terutamanya dalam kalangan remaja, jadi dengan adanya program ini mereka akan lebih bersemangat dan mengingati hari kemerdekaan,” katanya.

Khew Xun Jie, 26, seorang pelajar berpendapat program itu walaupun boleh menunjukkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda, ia hanya terhad kepada pengguna twitter.

“Ini tidak adil kepada golongan yang tidak mempunyai telefon pintar bagi mengakses twitter. Pada tempoh antara 8.15 malam hingga 9.15 malam orang sudah mula keluar menghadiri aktiviti kemerdekaan, jika mahu buat macam tu, eloklah buat awal sikit,” katanya.

– BERNAMA

Genovasi cipta kekayaan

PUTRAJAYA 1 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan penubuhan Genovasi (Generasi dan Inovasi) iaitu inisiatif baru kerajaan bagi membangunkan kemahiran inovasi di kalangan belia tempatan yang membolehkan mereka mencipta kekayaan serta memperbaiki taraf hidup. 

Related: Anwar : Pas tidak boleh diharap – Mohammad Fairuz

dn 02.1 - Genovasi cipta kekayaan

Najib Tun Razak bersama rakan kongsi antarabangsa Genovasi (dari kiri) Datuk Jimmy Choo, Joseph Lentsch, Dr. Timm Krohn, Dugie Cameron, Dr. Jerome Glenn, Salim Ismail dan Kamal Jit Singh (kanan) selepas mengumumkan pelancaran Genovasi di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam. – BERNAMAMenurut Perdana Menteri, inisiatif itu selaras dengan kepentingan kemahiran inovasi sebagai strategi berkesan untuk mencapai kejayaan dalam persekitaran dunia yang diistilahkan sebagai VUCA iaitu tidak stabil, tidak pasti, rumit dan tidak jelas.

Beliau berkata, semua negara terkemuka di dunia telah menggunakan inovasi untuk mencapai peningkatan yang besar dalam membangunkan kemajuan mereka.

Katanya, Genovasi yang akan dilancarkan sebagai satu entiti tahun depan sekali gus memperlihatkan usaha kerajaan membangunkan belia menjadi Duta Inovasi Negara yang memainkan peranan aktif dalam mempertingkatkan dan memperbaiki negara.

Related: Kelas peralihan dimansuh 2017 – Muhyiddin

“Kita menyasarkan sekurang-kurangnya seramai 5,000 Duta Inovasi Negara dapat dihasilkan dalam tempoh lima tahun akan datang melalui inisiatif itu,” katanya ketika berucap melancarkan inisiatif Genovasi Malaysia di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Unit Inovasi Khas (Unik), Datuk Dr. Kamal Jit Singh.

Genovasi akan bekerjasama dengan pemimpin inovasi global untuk menyampaikan tentang inovasi, kemahiran, kepakaran dan metodologi kepada Duta Inovasi itu.

Tiga laluan disediakan iaitu masyarakat (projek pusat untuk memberi manfaat kepada rakyat), ekonomi (projek menjana kekayaan gelombang baru) dan projek peningkatan kerajaan bagi membantu penyampaian perkhidmatan.

Menurut Najib, Unik diberi mandat untuk memantapkan penubuhan Genovasi, satu inisiatif pertama seumpamanya di ASEAN, bagi mencipta dan menghasilkan Duta Inovasi Negara yang akan ditaja oleh Agensi Inovasi Malaysia (AIM).

Katanya, mereka akan dilantik oleh AIM untuk memula dan melaksanakan projek menerusi tiga laluan tersebut.

“Genovasi akan dilancarkan pada awal tahun depan sebagai satu entiti dan saya harap ia diberikan status universiti dalam masa lima tahun,” katanya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan memahami dan menghargai bahawa belia tidak lagi mahu menjadi penonton pasif dan ingin terlibat secara aktif dalam membangunkan negara yang bakal mereka warisi.

“Inisiatif itu akan memberi jalan kepada mereka untuk bersatu dengan negara, memberikan semangat serta komitmen bagi membina Malaysia.

“Lagipun, menjadi tanggungjawab kerajaan untuk meninggalkan asas yang kukuh dan kuat untuk belia membina masa depan kelak,” katanya.

– utusan 

FoN Online