Kelas peralihan dimansuh 2017 – Muhyiddin

KUALA LUMPUR 27 Sept. – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kelas peralihan di sekolah menengah kebangsaan (SMK) di seluruh negara dijangka dapat dimansuhkan menjelang 2017.

20120928 204031 - Kelas peralihan dimansuh 2017 - Muhyiddin
MUHYIDDIN Yassin bergambar bersama peserta dari Sekolah Menengah Kian Kok, Kota Kinabalu, Sabah yang muncul sebagai juara kategori Forum dan Koir pada majlis penyampaian hadiah Festival Bahasa dan Sastera 2012 di Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur, semalam. – Bernama

Menurut Timbalan Perdana Menteri, proses itu akan memendekkan tempoh persekolahan murid-murid sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) yang memilih SMK.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pemansuhan itu dapat dilakukan selepas kurikulum Bahasa Malaysia di SJKC dan SJKT diseragamkan dengan kurikulum sekolah kebangsaan (SK) bermula dengan murid tahun empat pada 2014.

“Selama ini, penguasaan bahasa kebangsaan yang seragam di semua sekolah agak sukar dicapai kerana standard kurikulum Bahasa Malaysia di SJKC dan SJKT adalah berbeza dengan di SK.

“Menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, kerajaan bercadang melaksanakan kurikulum yang sama dan berharap penguasaan bahasa Malaysia murid-murid di SJKC dan SJKT akan meningkat dan setara dengan rakan-rakan mereka di SK,” katanya.

Beliau berucap pada majlis penyampaian hadiah Festival Bahasa dan Sastera 2012 di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, dalam melaksanakan kurikulum Bahasa Malaysia yang seragam, pihak kementerian akan memastikan murid-murid di SJKC dan SJKT yang mempunyai masalah dalam pembelajaran bahasa itu diberikan sokongan yang secukupnya melalui kelas-kelas pemulihan yang diadakan sehingga lima jam seminggu.

“Kementerian juga akan memastikan pelaksanaan kurikulum itu tidak membebankan murid-murid SJKC dan SJKT yang menggunakan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai bahasa pengantar utama untuk mata pelajaran lain,” ujarnya.

Beliau menambah, latihan secukupnya juga akan diberikan kepada guru-guru Bahasa Malaysia di SJKC dan SJKT agar mereka dapat mengajar dengan baik dan berkesan.

Sementara itu, pada sidang akhbarnya, Muhyiddin menegaskan, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz ketika menerima memorandum tuntutan Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) semalam merupakan pandangan peribadi menteri berkenaan.

“Saya sudah tanya beliau pagi ini, sepatutnya beliau tak buat kenyataan sebegitu. Apa yang dimaksudkan adalah pandangan peribadi beliau. Saya sudah jelaskan, kita (kerajaan) ada pendirian dan polisi kerajaan adalah jelas.

“Kalau nak serah memorandum, kita tak tolak. Segala tuntutan akan kita kaji. Kalau berkaitan soal pentadbiran dan guru, itu (perkara) lama. Kita dah tubuh jawatankuasa (untuk selesaikan masalah),” katanya.

– utusan

Selangor kelirukan rakyat isu air: CASSA

Petaling Jaya: Kerajaan Selangor sengaja mengelirukan orang ramai berhubung isu air di negeri ini demi memenuhi agenda politik tanpa menghiraukan kepentingan pengguna dan ekonomi, kata seorang aktivis pengguna. 

krisis air selangor - Selangor kelirukan rakyat isu air: CASSA

 Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr Jacob George, berkata maklum balas yang beliau terima menunjukkan kebanyakan penduduk Selangor keliru pihak mana yang betul dalam isu berkenaan. Tarif air naik
Katanya, dalam keadaan yang dibelenggu kekeliruan, kerajaan negeri menimbulkan satu lagi perkara ke dalam isu berkenaan bahawa tarif air akan naik sekiranya Kerajaan Persekutuan meneruskan rancangan membina loji rawatan air Langat 2.

Jacob berkata, beliau kesal apabila mendapati beberapa EXCO Kerajaan Selangor yang sebelum ini aktivis dalam badan bukan kerajaan (NGO), melihat semua perkara secara negatif walaupun Kerajaan Persekutuan berniat baik dalam rancangan untuk memperbaiki keadaan di negara ini.

“Saya terbabit dengan pelbagai NGO selama 37 tahun. Saya dapat melihat permainan mereka (dalam isu air), strategi mereka dan mereka menimbulkan perkara yang tidak relevan, semata-mata untuk menyekat langkah yang cuba dilaksanakan Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Beliau mendakwa kerajaan negeri juga menyeret isu antara pihaknya dengan Puncak Niaga Holdings Bhd ke dalam isu air di negeri ini sedangkan ia sepatutnya diselesaikan melalui platform lain.
Tak relevan

Katanya, masa yang digunakan untuk melayan perkara tidak relevan itu sepatutnya diguna untuk menyelesaikan krisis air yang bakal melanda Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Kenapa kerajaan negeri melakukan semua ini? Janganlah mencampuradukkan semua ini dan meletakkannya ke dalam satu bakul… ini tidak betul. Ia membabitkan masa depan kami, bukan saja penduduk Selangor, tetapi juga jiran kami (di Kuala Lumpur dan Putrajaya) kerana (krisis air) akan memberi kesan serius,” katanya.

Loji Langat 2 perlu

Mengenai rancangan pembinaan loji rawatan air Langat 2 yang mendapat tentangan kerajaan negeri, George berkata, semua kajian pakar menunjukkan projek itu perlu dilaksanakan segera memandangkan pengeluaran air yang dirawat menurun dengan ketara walaupun 34 loji sedia ada di Selangor beroperasi pada tahap maksimum.

Dalam hal ini, katanya, kerajaan negeri sekali lagi mengelirukan pengguna apabila berkata semua kawasan takungan dipenuhi air dan krisis air tidak akan berlaku, walaupun perkara yang dihujahkan ialah mengenai bekalan air dirawat yang tidak mencukupi. – BERNAMA

Tanglung Gergasi Tarikan Utama Pesta Pelancongan Tanglung 1Malaysia

KUALA LUMPUR, 6 Sept – Tanglung Gergasi 1Malaysia setinggi enam meter bakal menjadi tarikan utama sambutan Pesta Pelancongan Tanglung 1Malaysia 2012 yang bermula 21 Sept ini.

Related: Anwar : Pas tidak boleh diharap – Mohammad Fairuz

YB. Dato  Sri Dr. Ng Yen Yen - Tanglung Gergasi Tarikan Utama Pesta Pelancongan Tanglung 1Malaysia

Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata pesta selama 10 hari yang akan berlangsung di Pasar Seni itu menyasarkan kehadiran 400,000 pengunjung.

“Penganjuran pesta tanglung yang masuk kali keempat ini dijadikan sebagai satu produk pelancongan kepada negara dan menjadi kekuatan dan aset untuk melonjakkan negara ke peringkat lebih tinggi pada masa depan.

“Saya berharap acara ini akan dilihat sebagai satu lagi jambatan yang boleh membina perpaduan kaum ke arah memperkukuhkan konsep 1Malaysia,” katanya pada sidang media, di sini Khamis.

Related: Kelas peralihan dimansuh 2017 – Muhyiddin

Katanya pada sambutan itu beliau akan mengetuai perarakan tanglung dari Pasar Seni ke Jalan Petaling.

Pesta itu dianjurkan bersama kementerian tersebut, Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Persatuan Pelancongan Taiwan Kuala Lumpur dan Pasar Seni.



– BERNAMA

Golongan Muda Teruja Untuk Sertai Program 1 Juta Tweet Merdeka Ke-55

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Rata-rata golongan muda teruja dan tidak sabar untuk menjadi sebahagian daripada sejarah dengan menyertai program 1 Juta Tweet Merdeka 55.

Related: Anwar : Pas tidak boleh diharap – Mohammad Fairuz

Picture1 - Golongan Muda Teruja Untuk Sertai Program 1 Juta Tweet Merdeka Ke-55

Meskipun sekadar satu mesej ringkas, generasi muda berpendapat ia adalah peluang bagi menzahirkan semangat kemerdekaan di kalangan mereka.

Related: Kelas peralihan dimansuh 2017 – Muhyiddin

Khairun Nizam Husen, 21, seorang pelajar berkata kerajaan dilihat mengambil inisiatif berkesan dengan memperkenalkan program itu kepada generasi muda kerana laman sosial Twitter kini sudah menjadi satu fenomena di kalangan mereka.

“Tidak dapat dinafikan remaja sekarang sedikit sebanyak sudah melupakan sambutan kemerdekaan, namun melalui program 1 juta tweet ini remaja dapat menonjolkan kembali rasa cintakan tanah air mereka.

“Saya berasa sangat teruja untuk menyertai 1 juta tweet kemerdekaan yang bakal berlangsung pada malam merdeka nanti dan sudah mempunyai idea mengenai tweet kemerdekaan nanti,” katanya kepada Bernama.

Semalam, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mengumumkan sasaran 1 juta “Tweet” berunsurkan patriotik dan cintakan tanah air dari seluruh pengguna “Twitter” di Malaysia ditetapkan bagi memecahkan rekod dunia pada Perhimpunan Janji Ditepati sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, Jumaat ini.

Rais berkata pengguna Twitter di Malaysia boleh melakukan tweet dalam tempoh waktu satu jam dari pukul 8.15 malam sehingga 9.15 malam dengan mengikutinya di laman ‘Tweet #Merdeka55’ pada malam sambutan yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Penulis blog, Nurul Aziera Mohd Zain, 22, berkata jika golongan veteran yang menuntut kemerdekaan satu ketika dahulu berjuang secara fizikal, golongan muda seperti beliau boleh menjadikan twitter sebagai medium untuk menzahirkan semangat kemerdekaan.

“Program 1 juta tweet ini secara tidak langsung dapat melonjakkan nama negara di mata dunia,” katanya.

Ariffuddin Ismail , 21, pula berkata dengan adanya 1 juta tweet Merdeka ke-55 akan dapat memupuk kasih sayang dan semangat kecintaan kepada negara.

“Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental yang dinikmati dengan membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah,” katanya.

Muhammad Fakhruddin Khairuddin, 22, menyifatkan program tweet 1 juta merdeka sebagai ‘bagus’ kerana melalui media sosial semangat kemerdekaan remaja dapat dipupuk kembali dan mendekatkan mereka untuk mengerti erti kemerdekaan.

“Seperti yang kita nampak sekarang, semangat kemerdekaan sudah hampir pupus terutamanya dalam kalangan remaja, jadi dengan adanya program ini mereka akan lebih bersemangat dan mengingati hari kemerdekaan,” katanya.

Khew Xun Jie, 26, seorang pelajar berpendapat program itu walaupun boleh menunjukkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda, ia hanya terhad kepada pengguna twitter.

“Ini tidak adil kepada golongan yang tidak mempunyai telefon pintar bagi mengakses twitter. Pada tempoh antara 8.15 malam hingga 9.15 malam orang sudah mula keluar menghadiri aktiviti kemerdekaan, jika mahu buat macam tu, eloklah buat awal sikit,” katanya.

– BERNAMA

Genovasi cipta kekayaan

PUTRAJAYA 1 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan penubuhan Genovasi (Generasi dan Inovasi) iaitu inisiatif baru kerajaan bagi membangunkan kemahiran inovasi di kalangan belia tempatan yang membolehkan mereka mencipta kekayaan serta memperbaiki taraf hidup. 

Related: Anwar : Pas tidak boleh diharap – Mohammad Fairuz

dn 02.1 - Genovasi cipta kekayaan

Najib Tun Razak bersama rakan kongsi antarabangsa Genovasi (dari kiri) Datuk Jimmy Choo, Joseph Lentsch, Dr. Timm Krohn, Dugie Cameron, Dr. Jerome Glenn, Salim Ismail dan Kamal Jit Singh (kanan) selepas mengumumkan pelancaran Genovasi di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam. – BERNAMAMenurut Perdana Menteri, inisiatif itu selaras dengan kepentingan kemahiran inovasi sebagai strategi berkesan untuk mencapai kejayaan dalam persekitaran dunia yang diistilahkan sebagai VUCA iaitu tidak stabil, tidak pasti, rumit dan tidak jelas.

Beliau berkata, semua negara terkemuka di dunia telah menggunakan inovasi untuk mencapai peningkatan yang besar dalam membangunkan kemajuan mereka.

Katanya, Genovasi yang akan dilancarkan sebagai satu entiti tahun depan sekali gus memperlihatkan usaha kerajaan membangunkan belia menjadi Duta Inovasi Negara yang memainkan peranan aktif dalam mempertingkatkan dan memperbaiki negara.

Related: Kelas peralihan dimansuh 2017 – Muhyiddin

“Kita menyasarkan sekurang-kurangnya seramai 5,000 Duta Inovasi Negara dapat dihasilkan dalam tempoh lima tahun akan datang melalui inisiatif itu,” katanya ketika berucap melancarkan inisiatif Genovasi Malaysia di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Unit Inovasi Khas (Unik), Datuk Dr. Kamal Jit Singh.

Genovasi akan bekerjasama dengan pemimpin inovasi global untuk menyampaikan tentang inovasi, kemahiran, kepakaran dan metodologi kepada Duta Inovasi itu.

Tiga laluan disediakan iaitu masyarakat (projek pusat untuk memberi manfaat kepada rakyat), ekonomi (projek menjana kekayaan gelombang baru) dan projek peningkatan kerajaan bagi membantu penyampaian perkhidmatan.

Menurut Najib, Unik diberi mandat untuk memantapkan penubuhan Genovasi, satu inisiatif pertama seumpamanya di ASEAN, bagi mencipta dan menghasilkan Duta Inovasi Negara yang akan ditaja oleh Agensi Inovasi Malaysia (AIM).

Katanya, mereka akan dilantik oleh AIM untuk memula dan melaksanakan projek menerusi tiga laluan tersebut.

“Genovasi akan dilancarkan pada awal tahun depan sebagai satu entiti dan saya harap ia diberikan status universiti dalam masa lima tahun,” katanya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan memahami dan menghargai bahawa belia tidak lagi mahu menjadi penonton pasif dan ingin terlibat secara aktif dalam membangunkan negara yang bakal mereka warisi.

“Inisiatif itu akan memberi jalan kepada mereka untuk bersatu dengan negara, memberikan semangat serta komitmen bagi membina Malaysia.

“Lagipun, menjadi tanggungjawab kerajaan untuk meninggalkan asas yang kukuh dan kuat untuk belia membina masa depan kelak,” katanya.

– utusan 

FoN Online