Kerajaan Masih Beri Perhatian Pendapat Badan Peguam – Najib

KUALA LUMPUR, 26 Sept – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Badan Peguam Malaysia tetap menjadi rakan penting dalam kedaulatan undang-undang dan pentadbiran keadilan negara walaupun kerajaan tidak semestinya sentiasa bersetuju dengan pandangan dan beberapa aktiviti yang dijalankan badan itu.

Related: Anwar : Pas tidak boleh diharap – Mohammad Fairuz

najib1y - Kerajaan Masih Beri Perhatian Pendapat Badan Peguam - Najib

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Razak menyampaikan ucapan perasmian Persidangan Undang-Undang Antarabangsa Malaysia 2012 (ILMC 2012) di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di ibu negara, pagi ini.

Perdana Menteri berkata walaupun sesekali ada perbalahan atau pertelingkahan dalam politik dan profesion undang-undang, kerajaan masih mendengar apa yang diperkatakan badan itu dan memberi perhatian kepada apa yang mereka lakukan.

“Kita mungkin adakalanya membuat lawak mengenai peguam, tapi mereka bagaimanapun mempunyai peranan yang unik dan penting di negara ini,” kata Najib pada Persidangan Antarabangsa Undang-Undang Malaysia 2012, di sini pada Rabu.

Bagaimanapun Najib berkata beliau sedar bahawa sesetengah pengamal undang-undang, terutama mereka yang di dalam komuniti hak asasi manusia, masih memilih untuk melihat dengan pandangan yang berbeza dari perspektif berlainan, walaupun kemajuan dalam undang-undang secara beransur-ansur telah diperkenal kerajaan sejak setahun lepas.

Related: Kelas peralihan dimansuh 2017 – Muhyiddin



“Kepada mereka saya ingin katakan: Adalah lebih mudah untuk meruntuhkan sesuatu daripada membinanya. Seperti Rom yang tidak dibangunkan dalam sehari, pembinaan sebuah negara Malaysia yang adil, saksama dan demokratik tidak boleh dicapai semalaman,” katanya.

– BERNAMA

Ekspo Malaysiaku Di PWTC Pada 5 Okt

PUTRAJAYA, 24 Sep – Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri akan menganjurkan Ekspo MalaysiaKu 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur pada 5 Okt depan.

Related: Anwar : Pas tidak boleh diharap – Mohammad Fairuz

8057077688 b4834e9453 b 1024x683 - Ekspo Malaysiaku Di PWTC Pada 5 Okt

Ekspo tiga hari itu yang bertema ‘Tanah Air Yang Dirahmati’ dibuka kepada orang ramai mulai 10 pagi hingga 7 malam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata ekspo itu bertujuan memberi peluang kepada rakyat untuk menghayati pembangunan negara sejak awal kemerdekaan sehingga kini.

“Ekspo ini bakal mengetengahkan pameran dalam bentuk audio visual dan grafik yang berlatarbelakangkan pembangunan sosio-ekonomi negara mengikut dekad,” katanya pada majlis prapelancaran dan logo ekspo itu di sini, Isnin.

Beliau berkata pameran itu turut menampilkan pelbagai perspektif kehidupan generasi lampau yang dibelenggui kemiskinan dan keperitan hidup kesan daripada pembangunan terhad.

Related: Kelas peralihan dimansuh 2017 – Muhyiddin

Selain itu, para pengunjung juga berpeluang menyaksikan persembahan teater dan menyertai `game show’ serta dihiburkan artis-artis terkemuka.



– BERNAMA

Pencapaian ETP Tahun Lepas Menggalakkan Dengan PNK Capai RM830 Bilion

KUALA LUMPUR, 24 Sept – Pencapaian Program Transformasi Ekonomi (ETP) bagi tahun lepas amat menggalakkan dengan Pendapatan Negara Kasar (PNK) mencapai sebanyak RM830 bilion berbanding sasaran RM797 bilion.

b8eb0ec340ec13642fa3a1d8ef537779 - Pencapaian ETP Tahun Lepas Menggalakkan Dengan PNK Capai RM830 Bilion

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri SK Devamani berkata pelaburan sektor swasta juga berjaya mencapai RM94 bilion berbanding sasaran RM83 bilion.


Beliau berkata pertumbuhan ekonomi Malaysia turut berada dalam paras yang baik pada suku tahun pertama 2012, pada kedudukan 4.7 peratus.

“Pencapaian ekonomi Malaysia untuk suku pertama dikira cantik berbanding negara lain seperti Singapura (1.4 peratus), Korea Selatan (2.8 peratus), Taiwan dan Hong Kong (0.4 peratus),” kata beliau ketika menjawab soalan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) di Dewan Rakyat di sini pada Isnin.

Fong ingin tahu pencapaian yang dikecapi melalui ETP dalam memastikan rakyat menikmati kestabilan ekonomi dan ekonomi negara sentiasa berdaya saing dalam ekonomi global.

– BERNAMA

Malaysia Semakin Popular Dalam Kalangan Pelancong China Dan India – Ng

PUTRAJAYA, 21 Sept – Malaysia kini semakin mendapat tempat sebagai destinasi pilihan dalam kalangan pelancong dari China dan India, kata Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

1 Malaysia Tourism Hunt - Malaysia Semakin Popular Dalam Kalangan Pelancong China Dan India - Ng
Jalur Gemilang Bendera Malaysia dikibar Datuk Seri Dr Ng Yen Yen sempena bermulanya pertandingan Malaysia Tourism Hunt 2012

Beliau berkata perkara itu ditunjukkan menerusi ketibaan pelawat dari kedua-dua negara berkenaan yang semakin meningkat kebelakangan ini.

“Tahun lepas pengunjung China adalah yang teramai mengunjungi Malaysia selepas pelawat dari negara Asean,” katanya kepada pemberita sebelum melancarkan ‘Malaysia Tourism Hunt 2012’, di sini Jumaat.

Ng berkata China juga menjadi pasaran yang semakin penting dalam sektor pelancongan negara kerana kedudukannya yang dekat selain persamaan dari segi bahasa dan makanan.

Sebagai sebuah negara yang besar, China mempunyai penduduk yang ramai dan mereka ini mahu mengembara, katanya.



– BERNAMA

Karnival Kerjaya Pemuda BN Di Dataran Senawang

Pengerusi penganjur karnival itu, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata program dari pukul 10 pagi hingga 5 petang itu bertujuan membantu golongan belia mengisi jawatan yang ditawarkan oleh lebih 70 majikan dari sektor awam dan swasta.

Related: Anwar : Pas tidak boleh diharap – Mohammad Fairuz

“Program dua hari itu menawarkan perkhidmatan percuma bagi membolehkan pencari kerja memilih dan memohon kerja yang sesuai,” katanya di sini, Jumaat.

Katanya semua tawaran kerja pada karnival itu berdasarkan kepada kekosongan jawatan dan perlu melalui proses temuduga.

Related: Kelas peralihan dimansuh 2017 – Muhyiddin

Program itu terbuka kepada golongan siswazah, penganggur dan lepasan sekolah, katanya.

– BERNAMA

Selangor kelirukan rakyat isu air: CASSA

Petaling Jaya: Kerajaan Selangor sengaja mengelirukan orang ramai berhubung isu air di negeri ini demi memenuhi agenda politik tanpa menghiraukan kepentingan pengguna dan ekonomi, kata seorang aktivis pengguna. 

krisis air selangor - Selangor kelirukan rakyat isu air: CASSA

 Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr Jacob George, berkata maklum balas yang beliau terima menunjukkan kebanyakan penduduk Selangor keliru pihak mana yang betul dalam isu berkenaan. Tarif air naik
Katanya, dalam keadaan yang dibelenggu kekeliruan, kerajaan negeri menimbulkan satu lagi perkara ke dalam isu berkenaan bahawa tarif air akan naik sekiranya Kerajaan Persekutuan meneruskan rancangan membina loji rawatan air Langat 2.

Jacob berkata, beliau kesal apabila mendapati beberapa EXCO Kerajaan Selangor yang sebelum ini aktivis dalam badan bukan kerajaan (NGO), melihat semua perkara secara negatif walaupun Kerajaan Persekutuan berniat baik dalam rancangan untuk memperbaiki keadaan di negara ini.

“Saya terbabit dengan pelbagai NGO selama 37 tahun. Saya dapat melihat permainan mereka (dalam isu air), strategi mereka dan mereka menimbulkan perkara yang tidak relevan, semata-mata untuk menyekat langkah yang cuba dilaksanakan Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Beliau mendakwa kerajaan negeri juga menyeret isu antara pihaknya dengan Puncak Niaga Holdings Bhd ke dalam isu air di negeri ini sedangkan ia sepatutnya diselesaikan melalui platform lain.
Tak relevan

Katanya, masa yang digunakan untuk melayan perkara tidak relevan itu sepatutnya diguna untuk menyelesaikan krisis air yang bakal melanda Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Kenapa kerajaan negeri melakukan semua ini? Janganlah mencampuradukkan semua ini dan meletakkannya ke dalam satu bakul… ini tidak betul. Ia membabitkan masa depan kami, bukan saja penduduk Selangor, tetapi juga jiran kami (di Kuala Lumpur dan Putrajaya) kerana (krisis air) akan memberi kesan serius,” katanya.

Loji Langat 2 perlu

Mengenai rancangan pembinaan loji rawatan air Langat 2 yang mendapat tentangan kerajaan negeri, George berkata, semua kajian pakar menunjukkan projek itu perlu dilaksanakan segera memandangkan pengeluaran air yang dirawat menurun dengan ketara walaupun 34 loji sedia ada di Selangor beroperasi pada tahap maksimum.

Dalam hal ini, katanya, kerajaan negeri sekali lagi mengelirukan pengguna apabila berkata semua kawasan takungan dipenuhi air dan krisis air tidak akan berlaku, walaupun perkara yang dihujahkan ialah mengenai bekalan air dirawat yang tidak mencukupi. – BERNAMA

Perolehan Kerajaan Melebihi RM200 Bilion Tahun Ini

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Kerajaan dijangka meraih perolehan lebih daripada RM200 bilion tahun ini, melepasi sasaran awal sebanyak RM187 bilion, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai.

Related: Anwar : Pas tidak boleh diharap – Mohammad Fairuz

DonaldLim - Perolehan Kerajaan Melebihi RM200 Bilion Tahun Ini

Beliau berkata pendapatan tambahan itu akan membolehkan kerajaan menambah bantuan kewangan kepada rakyat, seperti cadangan edisi kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada Bajet 2013.

Beliau berkata sehingga Jun 2012, Perbendaharaan merekodkan perolehan berjumlah RM99 bilion.

“Peningkatan itu sebahagian besarnya hasil daripada kutipan cukai yang dipertingkat, sumbangan yang lebih tinggi daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta pertumbuhan transaksi hartanah.

Related: Kelas peralihan dimansuh 2017 – Muhyiddin

“Pihak berkuasa akan terus membanteras aktiviti haram seperti penyeludupan yang akan menambah pendapatan kerajaan,” kata Lim kepada pemberita selepas melancarkan Sidang Kemuncak CFO (Ketua Pegawai Kewangan) 2012, di sini Rabu.



– BERNAMA

Proaspirasi kuasai pemilihan MPP

KUALA LUMPUR – Kumpulan Pro-Aspirasi meneruskan penguasaan pilihan raya kampus sesi 2012/2013 dengan memenangi dua pertiga pusat pengajian tinggi awam.

Related: Anwar : Pas tidak boleh diharap – Mohammad Fairuz

ka 01.1 - Proaspirasi kuasai pemilihan MPP

Barisan kepimpinan kumpulan proaspirasi yang memenangi 34 daripada 36 kerusi yang dipertandingkan meraikan kemenangan mereka bersama Naib Canselor UUM, Datuk Dr. Mohamed Mustaffa Ishak (barisan belakang, tengah) di universiti tersebut di Sintok, Kedah, semalam.


Pada pilihan raya kampus yang diadakan secara berperingkat dan selesai malam tadi, Pro-Aspirasi dipercayai menang di 17 universiti.

Pro-Mahasiswa pula mengekalkan kemenangan mereka di Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Related: Kelas peralihan dimansuh 2017 – Muhyiddin

Dalam pada itu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pula menggantung keputusan pengundian malam tadi ekoran masalah teknikal dalam sistem e-undi. Pengundian semula, menggunakan sistem kertas, dijangka diadakan minggu depan.

Di Universiti Putra Malaysia (UPM)pengisytiharan rasmi calon yang berjaya pada pemilihan ini hanya akan diumumkan 1 Oktober depan.

Pengerusi Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP 2012, Prof Datuk Dr Mohd Fauzi Ramlan berkata, keputusan akan diumumkan selepas proses bantahan dan rayuan selesai.

“Bantahan akan dijalankan esok (hari ini)dan keputusan bantahan pada 27 September, kemudian rayuan terhadap keputusan pula pada 28 September dan Keputusan rayuan pada 30 September.

“Jadi, keputusan rasmi akan diumumkan 1 Oktober ini,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Sebanyak 80.37 peratus pelajar keluar mengundi di Serdang dan 90 peratus di Kampus Bintulu, Sarawak, daripada 25,006 pelajar.

Usaha mendapatkan komen jurucakap Pro-Aspirasi dan Pro-Mahasiswa masih belum berhasil. Bagaimanapun difahamkan kumpulan Pro-Mahasiswa akan mengadakan sidang media di ibu negara hari ini.

Berdasarkan maklumat diperoleh dari seluruh negara, Pro-Aspirasi menang di Universiti Tun Hussein Malaysi, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Teknologi Mara, Universiti Sultan Zainal Abidin dan Universiti Teknikal Malaysia. Pusat pengajian tinggi ini dimenangi Pro-Aspirasi setakat Khamis lalu.

Semalam, ia meneruskan penguasaan di Universiti Malaysia Perlis, Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Malaysia Terenganu, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPM dan Universiti Sains Malaysia serta Universiti Teknologi Malaysia.

Pengurusan tiga universiti sebelum ini mengumumkan bahawa tidak ada kumpulan Pro-Aspirasi dan Pro-Mahasiswa di kampus masing-masing, antaranya Universiti Sultan Zainal Abidin dan Universiti Malaysia Terengganu serta Universiti Teknikal Malaysia,

Sekiranya ketiga-tiga universiti berkenaan dikategorian tidak memihak mana-mana kumpulan, kumpulan Pro-Aspirasi dilihat menguasai sehingga 14 pusat pengajian tinggi awam.

Kumpulan Pro-Mahasiswa mengekalkan pengaruh di Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang akan mengadakan pemilihan semula dilihat menarik untuk diikuti.

– sinar

Nasha Mat Isa Hanya SAMPAH SARAP Dalam PAKATAN RAKYAT – Guan Eng

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng melabel Nasharuddin Mat Isa sebagai ‘ejen Umno’ selepas tidak dapat membendung rasa kecewa diasak pemberita yang mahu beliau respon terhadap gesaan memohon maaf secara terbuka bersabit kenyataan hukum hudud.

COVER%2B0015 - Nasha Mat Isa Hanya SAMPAH SARAP Dalam PAKATAN RAKYAT - Guan Eng

Guan Eng macam tokong you know to the Chinese, you cannot deny that, he is just like a tokong – Mansor Othman.


Ahli Parlimen Bagan turut melahirkan perasaan hairan dengan sikap bekas Timbalan Presiden PAS yang seringkali menimbulkan masalah dalaman Pakatan Rakyat (Pakatan).

“Bila dia jadi Timbalan Presiden PAS tiada masalah tetapi bila tidak jadi Timbalan Presiden PAS pula macam ejen Umno, cakap lain pula, saya rasa itu yang saya nak cakap,” jelasnya lagi.

Ditanya sama ada PAS perlu mengambil tindakan keatas Nasha, beliau tidak mahu memberi sebarang ulasan.

“Saya rasa itu saya tak mahu jawab itu bukan tempat saya kita harus bersikap tuntas takkan satu masa macam itu, masa lain bersikap lain pula.

“Mungkin beliau harus tanya soalan ini kepada Umno apakah pendirian mereka berkaitan dengan hudud,” tambahnya.

Malah, menurut Guan Eng, beliau sekali lagi mengulangi pendirian tetap dan konsisten DAP menentang hudud.

“Saya rasa agak pelik sikit apabila beliau menjadi Timbalan Presiden PAS, beliau tidak ada masalah tetapi sekarang ada masalah, kalau nak tanya dengan pendirian ini kita (DAP) amat jelas dengan pendirian ini sepanjang masa amat konsisten, jadi tidak ada apa-apa yang baru untuk beliau. Beliau tahu tetapi yang pelik kenapa masa itu tak jadi masalah sekarang jadi masalah, saya rasa beliau kena jawab,” soalnya.

Dalam sidang media di lobi parlimen pagi tadi, Nasharudin Mat Isa menggesa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memohon maaf secara terbuka berhubung kenyataan menentang hukum hudud sambil menyifatkan ianya “bertentangan dengan kesepakatan Pakatan Rakyat”.

Menurutnya, Guan Eng seharusnya faham dengan perjuangan PAS yang menggariskan bahawa pelaksanaan hudud adalah wajib dan bukan pilihan.

“Pendirian Guan Eng tentang pendirian tentang hudud, jelas bercanggah dengan apa yang disebut oleh YB Tok Guru Mursyidul Am PAS, yang hudud itu merupakan satu kewajipan, bukan satu pilihan.

“Selepas pemimpin veteran DAP, Karpal Singh dan Lim Kit Siang berjaya ‘menundukkan’ PAS dalam isu hudud, kali ini, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng pula menegaskan hukum Islam itu bukan dasar pakatan pembangkang,” katanya pada sidang media di lobi Dewan Rakyat Negara hari ini.

Justeru, Ahli Parlimen Bachok itu mendesak Guan Eng menarik semula kenyataan beliau.

Tanglung Gergasi Tarikan Utama Pesta Pelancongan Tanglung 1Malaysia

KUALA LUMPUR, 6 Sept – Tanglung Gergasi 1Malaysia setinggi enam meter bakal menjadi tarikan utama sambutan Pesta Pelancongan Tanglung 1Malaysia 2012 yang bermula 21 Sept ini.

Related: Anwar : Pas tidak boleh diharap – Mohammad Fairuz

YB. Dato  Sri Dr. Ng Yen Yen - Tanglung Gergasi Tarikan Utama Pesta Pelancongan Tanglung 1Malaysia

Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata pesta selama 10 hari yang akan berlangsung di Pasar Seni itu menyasarkan kehadiran 400,000 pengunjung.

“Penganjuran pesta tanglung yang masuk kali keempat ini dijadikan sebagai satu produk pelancongan kepada negara dan menjadi kekuatan dan aset untuk melonjakkan negara ke peringkat lebih tinggi pada masa depan.

“Saya berharap acara ini akan dilihat sebagai satu lagi jambatan yang boleh membina perpaduan kaum ke arah memperkukuhkan konsep 1Malaysia,” katanya pada sidang media, di sini Khamis.

Related: Kelas peralihan dimansuh 2017 – Muhyiddin

Katanya pada sambutan itu beliau akan mengetuai perarakan tanglung dari Pasar Seni ke Jalan Petaling.

Pesta itu dianjurkan bersama kementerian tersebut, Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Persatuan Pelancongan Taiwan Kuala Lumpur dan Pasar Seni.



– BERNAMA

FoN Online