pasar tani kementan - Peluang Tersedia Oleh Kerajaan Untuk Usahawan Tingkat Pendapatan - Fama

Peluang Tersedia Oleh Kerajaan Untuk Usahawan Tingkat Pendapatan – Fama

Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Usahawan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Abdul Razak Majid berkata umpamanya penubuhan pasar tani sahaja di seluruh negara sudahpun mencecah angka 476 lokasi setakat ini.

“Ini merupakan salah satu rangkaian yang paling besar bagi membantu peniaga kecilan memasarkan hasil tanaman atau barangan mereka kepada pelanggan setempat,” katanya kepada Bernama di sini, Khamis.

Beliau berkata penubuhan pasar tani yang kini dapat dilihat merangkumi seluruh negara adalah semata-mata untuk memberi ruang pasaran kepada usahawan-usahawan setempat dan juga petani-petani untuk menambah pendapatan dan juga sebagai medium memperluaskan perniagaan mereka.

“Ini peluang yang tersedia. Para usahawan dan petani diharap perlu bersedia dengan hasil pengeluaran untuk memenuhi atau menampung permintaan pelanggan,” katanya.

– BERNAMA

FoN Online